gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
JKKN & KESUMA Segarkan Warisan Melayu Menerusi ‘Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu’
HIBURAN
Naik Bas Ke Singapura Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Fasha Sandha Dipuji Netizen - “Figura Humble Patut Jadi Contoh”
VIRAL
Wanita Batal Kahwin, Tunang ‘Main’ Dengan Sister Hong
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

7 Pengunjung Konsert Pinkfish Ambil Pil Ekstasi, Termasuk 4 Yang Maut

Awani
Awani
03/01/2025
04:20 MYT
Sponsor Banner
7 Pengunjung Konsert Pinkfish Ambil Pil Ekstasi, Termasuk 4 Yang Maut
Siasatan awal polis ke atas empat pengunjung konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang yang maut selepas menghadiri konsert itu mendapati kesemua mereka dipercayai mengambil pil dadah jenis ekstasi.

Ambil Pil Dadah Ekstasi

Namun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara itu termasuk punca kematian sebenar.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, polis membuka empat kertas siasatan membabitkan kes mati mengejut (SDR) itu bagi mengenal pasti jika wujud sebarang unsur jenayah atau keracunan.

"Sehingga ini, kita sudah merakam keterangan enam individu dan beberapa pihak lagi termasuk penganjur konsert dan rakan-rakan mangsa akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Hussein turut memaklumkan, setakat Khamis, polis menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang menerima tujuh pesakit yang menunjukkan simptom sama akibat dipercayai mengambil ekstasi termasuk empat mangsa yang meninggal dunia.
Menurutnya, dua daripada mereka sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang lagi sudah discaj dari hospital.
Berdasarkan siasatan awal, beliau memberitahu, ketujuh-tujuh mereka bagaimanapun tidak hadir bersama-sama, sebaliknya datang secara berasingan sama ada bersama kawan atau ahli keluarga masing-masing.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Pinkfish: Pihak Penganjur Sedia Beri Kerjasama - “Kami Rasa Amat Berdukacita”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan 4 Maut Lepas Hadiri Konsert Pinkfish, Tiada Unsur Jenayah

Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#Konsert
#Dadah
#Maut
#Ekstasi
#Tahun Baru
#Pil
#Pinkfish
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement