,
Laman Utama

“6 Saluran Tersumbat…” - Bekas Suami Masuk ICU Serangan Jantung, Jasmin Hamid Mohon Doa

Amri Hassan
01/12/2022
09:02 MYT
Bekas suami kepada pelakon Jasmin Hamid, Ian Rashid kini sedang dirawat di hospital di ibu kota akibat serangan jantung.
Hal itu dimaklumkan oleh Jasmin menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.
“Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya, lan Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung..ada 6 saluran tersumbat.
“Saya dan suami pergi menziarah bekas suami saya di hospital.
“Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru.. beliau orang baik,” maklumnya.
Mengambil iktibar daripada keadaan diri sendiri, Jasmin berpesan kepada peminatnya agar sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan.
"Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal'afiat sebelum ni pula yang berada di ICU sebab kena serangan jantung.
"Ini semuanya adalah ketentuan Allah.
"Pergilah check doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah pembunuh senyap.
"Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.