,
Laman Utama

6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Aina Abdul Ketika Mewakili Malaysia Menerusi 12th ABU TV Song Festival

Izwan Isa
12/11/2023
08:25 MYT
Kepergian Aina Abdul ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan bagi mengadakan persembahan di 12th ABU TV Song Festival baru-baru ini meraih banyak perhatian positif, khususnya dalam kalangan peminat.
Merupakan wakil tunggal daripada Malaysia, Aina menyanyikan lagu Terus Hidup yang dipetik daripada album perdananya, IMAJI.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Harumkan Nama Malaysia Di Korea Selatan! - "Saya Terharu Ada Sanggup Travel Jauh Untuk Tengok Live"

Berikut merupakan fakta yang perlu anda tahu mengenai penglibatan Aina menerusi festival berkenaan, selain aktiviti yang turut dijalankan ketika berada di negara yang mencetuskan fenomena muzik K-Pop itu. Jom semak!
Bahasa Melayu Sungguhpun pernah meluncurkan lagu Sepi versi bahasa Korea, namun, Aina memilih untuk menyanyikan lagu dengan lirik 100 peratus dalam bahasa Melayu iaitu Terus Hidup pada festival berkenaan. Seperti lagu-lagu sebelumnya, lagu ini juga dicipta sepenuhnya oleh Aina.
Merah jambu Terkenal dengan penampilan eksentrik dan ekstra, Aina pada festival itu memilih untuk menggayakan busana satu nada berona merah jambu bak frosting kek cawan. Dress unik ini direka oleh Ezuwan Ismail.
Nyanyian secara langsung Sungguhpun mempunyai masa raptai yang agak suntuk, Aina tetap memilih untuk menyanyi secara langsung ketika menjayakan persembahan.
Wakili Malaysia Penyertaan Aina dalam 12th ABU TV Song Festival di Korea merupakan kali kedua penyanyi itu mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Kali pertama melalui pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles pada tahun 2014.
Klip video baharu Alang-alang sudah berada di Korea, Aina tidak melepaskan peluang untuk merakamkan klip video untuk salah satu single terbaharu daripada album IMAJI yang dilancarkan pada 25 Oktober lalu.
Bertemu peminat Selain itu, Aina sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan para pelajar Malaysia di Korea Selatan yang mengagumi karya-karyanya menerusi sesi meet and greet.
Untuk rekod, 12th ABU TV Song Festival dianjurkan oleh Asia Pacific Broadcasting Union (ABU) dan diadakan di KBS Hall, Seoul, Korea. Kali kedua dianjurkan di Korea Selatan, 12th ABU TV Song Festival pada kali ini disertai oleh wakil daripada 11 negara:
Turkmenistan (TVTM) – Begmyrat Annamyradow – “White City with Arkadag” China (Shanghai Media Group) – Tia Ray – “Ready for Love” India (DD) – Malini Awasthi – “Ram Ji Ke Bhaile Janamva” Turkey (TRT) – Umut Sülünoğlu and Uğur Önür – “Yolcu” Sri Lanka (MTV) – Sheron Silva – “Lunu Dehi” Macau (TDM) – Winifai – “The Philosophy of Happiness” Vietnam (VTV) – Erik (Lê Trung Thành) – “Ghen” Malaysia (RTM) – Aina Abdul – “Terus Hidup” Hong Kong (TVB) – Chau Kat Pui – “Forever Love” Japan (NHK) – Ayaka Hirahara – “Jupiter” South Korea (KBS) – Mamamoo+ – “Chico malo”
Malaysia pernah menyertai festival ini sebanyak lapan kali iaitu pada 2012 hingga 2013, 2015, 2017, 2018, 2020 hingga 2021 dan 2023.

BERITA TRENDING: “Aina, Listen… Tak Perlu Ikut Haters Tu, Mereka Ni Semua Takkan Suka Kau Aina” - Ramli MS

Dalam perkembangan lain, Aina Abdul bakal menjayakan konsert berskala mega pertamanya, A Night With Aina Abdul 3.0 yang bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 18 November ini. Tiket masih boleh didapatkan menerusi ticket2u.com.my.
Sumber: Terima kasih @viloalip!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Malaysia Jadi Saksi Pertama Perjalan Pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023 - “Di Indonesia Juga Kami Tidak Pernah Tayang..”

gempak
01/11/2024
09:55 MYT
Menurut vokalis Govinda, Ifan dokumentari itu tidak pernah disiarkan dimana-mana platform lagi bahkan peminat di Indonesia juga masih belum menontonya.
Hiburan

Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru

gempak
25/10/2024
14:25 MYT
Pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu, menyatakan  sebagai seorang penyanyi dia juga menyimpan hasrat seperti penyanyi lain untuk memiliki album tersebut.
Hiburan

Hadapi Kesukaran Anjurkan Konsert Jelajah, Aina Abdul Tidak Mengalah - "Bukan Nak Cakap Saya Tidak Bernasib Baik Tapi..."

gempak
20/10/2024
11:55 MYT
Menurut pelantun lagu Kamu itu, meskipun menghadapi pelbagai cabaran namun dia mahu memastikan setiap penonton yang datang akan  berpuas hati dengan persembahannya.
Hiburan

Didakwa Bawa Unsur Iluminati Dalam MV Kamu, Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan - “Try To See In A Bigger Picture”

gempak
17/10/2024
12:55 MYT
Pelantun lagu Jangan Mati Rasa itu meminta peminat untuk cuba menyelami lagu dan muzik video yang telah dilancarkan itu dengan hati yang terbuka.
Hiburan

Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

gempak
12/10/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul mengakui tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 selepas meraih 8,882,662 undian daripada peminat.
Unitar