,
Berita

567 Penumpang Feri Kandas Di Beting Pasir Selamat Tiba Di Langkawi

Asyikin Mayudin
17/09/2024
05:25 MYT
Setelah terkandas lebih 8 jam, feri Bahagia 168 yang membawa 567 penumpang selamat tiba di Langkawi kira-kira pukul 10.40 malam tadi.
Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada pukul 9.05 malam.
“Seramai 567 penumpang feri sebelum ini terkandas di beting pasir di perairan Kuala Perlis selepas belayar dari Kuala Perlis pukul 2.30 petang, Isnin.
“Semua penumpang selamat sampai di Terminal Feri Penumpang Kuah dan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Feri tersebut belayar dari Terminal Feri Kuala Perlis pada pukul 2.30 petang Isnin, namun tersangkut pada beting pasir.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan sebuah feri membawa 567 penumpang dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Langkawi terkandas di beting pasir di kedudukan 0.5 batu nautika dari Kuala Perlis akibat angin kencang.
Feri terbabit dipercayai ditolak angin kencang hingga membawanya ke beting pasir itu selepas kira-kira 15 minit bertolak.
Sumber - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Langkawi Buat Hal Lagi! Kali Ni Ayam Goreng Kunyit Harga Kayangan, Netizen Komen - “Masakan Dari Syurga Kot!”

gempak
15/01/2024
12:55 MYT
Mahalnya!
Laman Utama

Tutup Kilang Sambal Nyet 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staf Bercuti Di Langkawi, Check-In Hotel 5 Bintang, Sewakan Kapal Layar… Netizen Berlumba Nak Hantar Resume

gempak
22/05/2023
07:50 MYT
Bertuahnya staff Khairul Aming
Laman Utama

#Travelmana: Wanita Hamil Selepas Mandi Di Tasik Dayang Bunting, Netizen Beri Pelbagai Reaksi - “Elok Berendam Atau Minum..”

gempak
14/05/2022
03:29 MYT
Semuanya dengan kuasa dan izin Allah.
Laman Utama

Nak Tonton Teater Tepi Laut? Jom Ramai-Ramai Tengok Teater Muzikal Pulau Sri, Cerita Legenda Mahsuri Ini!

gempak
02/11/2021
03:12 MYT
Wehh...bestnya tengok teater tepi laut!
Laman Utama

Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua, Ramai Netizen Dah Dapat Agak - “Nampak Baby Bump Kat Langkawi”

gempak
19/10/2021
22:13 MYT
Tahniah El dan keluarga!