,
Laman Utama

55 Kali Tak Pernah Gagal Buat Surprise Untuk Isteri, Netizen Mahu Cari Lelaki Macam Hafiz Mahamad - “Ada Jual Kat TikTok?”

Izwan Isa
18/06/2023
23:50 MYT
Apabila tibanya hari jadi sang isteri, pempengaruh, Hafiz Mahamad pasti mengusahakan sesuatu agar hari yang paling ditunggu saban tahun oleh kebanyakan orang itu diingati sampai bila-bila.
Sehinggakan, ramai dalam kalangan netizen yang turut sama tidak sabar menantikan apakah surprise yang akan dilakukan oleh Hafiz buat belahan jiwanya, Syafiqah Aina.
Menerusi kemas kini terkini di Instagram, Hafiz berkongsi sepotong video yang memaparkan Aina sedang mengalirkan air mata, sambil mengenakan sepasang telekung berona hitam.
BACA: [VIDEO] “Saya Nakal Dulu, Izinkan Saya…” - Kenang Jasa, Hafiz Mahamad Buat Kejutan! Hadiahkan Cikgu Tiket Umrah
“Dia masih tak stop nangis lagi, Masya-Allah. Dari surprise dia tengahari tadi, now dah sampai hotel dia masih tak stop nangis. Masya-Allah. Saya tanya, sayang happy?
Sebab tak ada apa yang mewah untuk abang hadiahkan, yang ada hanya ‘makna cinta’.
“Aina cakap, dia happy sangat dan ini surprise paling bermakna. Syukur, saya masih pegang 55 kali record tanpa gagal untuk buat dia happy pada hari surprise dan birthday dia. Alhamdulillah.
“Jika ada manfaat, esok saya share apa yg saya usahakan untuk dia,” tulis Hafiz.
Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa tersentuh melihat Hafiz yang tidak pernah gagal membuatkan isterinya gembira.
BACA: Derma RM100,000 Untuk Baby Naail, Netizen Puji Hafiz Mahamad - "Kenapa Orang Islam Perlu Kaya? Ini Sebabnya..."
“Watak dalam diri kau ni bro Hafiz, macam dalam novel, romantik gila kentang. Kalau aku perempuan pun aku nangis dapat lelaki macam kau.”
“Mana nak cari lelaki macam ni ya? Ada jual kat Lazada or TikTok tak?”
Di sebalik pujian yang ditinggalkan, ada juga berpendapat Hafiz dan Aina bakal mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

gempak
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Viral

"Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar

gempak
30/07/2024
03:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap kandungan media sosial yang kembali tular ketika di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Viral

"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

gempak
29/07/2024
00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.
Viral

"Saya Pernah Berhenti Belajar Kerana Masalah Kewangan, Keluarga Sangat Susah" - Ezzah Nellysa

gempak
16/03/2024
04:31 MYT
AINAA Super Seven Awards telah menobatkan Ezzah Nellysa sebagai Usahawan AINAA Paling Popular sekali gus membawa pulang trofi kemenangan kategori utama.
Viral

Lewis Hamilton Buat Surprise Muncul Di SMK Seri Keramat - "Budak-Budak Ni Lagi Bertuah Daripada Aku!"

gempak
15/03/2024
06:30 MYT
Pernampilan khas Juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) berjaya menarik perhatian netizen.