,
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

Amri Hassan
01/09/2024
11:55 MYT
Tidak akan lengkap sambutan ambang Merdeka tanpa keraian kemerdekaan meski ia berbentuk hiburan.
Hiburan yang dipersembahkan bukan kosong malah telah mempamerkan semangat kemerdekaan anak-anak seni yang telah merasai pelbagai cabaran dan kenangan manis bergelar anak seni.
Mengambil semangat perjuangan tersebut, The Dons Group telah membawakan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara menerusi sebuah konsert yang julung kali dianjurkan di Pulau Pinang.
Dan meriahnya ia telah dihadiri oleh seramai 5000 penonton yang datang ke Spice Arena Pulau Pinang bukan sahaja untuk menyokong perjalanan anak-anak seni tempatan tetapi juga mewarnakan malam Merdeka bersama.
Konsert dengan nama Mahardika membawakan bersama kumpulan legenda Spider, ratu rock negara, Ella dan kugiran dambaan generasi masa kini, Masdo yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.

Apa itu Mahardika

Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group, memberitahu makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi medan perkongsian panggung oleh Spider, Ella dan Masdo.
“Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.
“Kami di The Dons Group memang memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara yang jatuh pada setiap 31 Ogos,” ujar Don.
Don kemudian menyifatkan Spider, Ella serta Masdo sangat bertepatan untuk menjayakan Mahardika pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang kerana kredibiliti dan perjuangan mereka dalam era serta fasa muzik masing-masing.
Mengenai lokasi penganjuran di Pulau Pinang, Don memaklumkan sebagai penganjur mereka memanfaatkan segala peluang yang ada termasuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya masyarakat dalam negara dan luar negara untuk bercuti ke negeri itu.
Konsert di malam Merdeka tersebut bermula kemunculan dengan teriakan peminat buat Masdo yang muncul dengan 10 buah lagu antaranya Obe x Janji Manis, Teruna & Dara, Bunga, Berduka-lara, Dinda dan Bercanda Di Malam Indah.
Muncul dalam suit hitam putih, kemunculan Mawi, Ali, Putu Ceri dengan ditambah kemeriahan pemuzik undangan iaitu Chakam dan Eja membuatkan Spice Arena panas dengan aksi-aksi dan nyanyian bersahaja mereka.
Ella muncul dalam busana hitam putih berlabuci membuatkan semua peminat menyanyi bersama membawakan lagu Permata biru, Dua Insan Bercinta dan Gemilang.
Tidak habis di situ, Ella kemudian masuk ke tengah-tengah kawasan konsert dan menyanyikan lagu Standing In The Eyes di pentas tengah dengan diiringan semua penonton yang hadir. Semarak kemerdekaan dirasakan malam itu dengan dendangan antem wajib malam Merdeka tersebut.
SPIDER muncul sebagai penutup acara MAHARDIKA dengan membawakan sekitar 11 buah lagu. Antaranya lagu-lagu wajib seperti Bila nak Saksi, Aluuk Cukup Masin, Mungkinkah Terjadi, Relaku Pujukdan Aladin.
Cukup bertenaga, kemunculan Spider menjadi penutup paling bersemangat untuk malam Merdeka yang dibawakan oleh pihak The Dons Group pada 30 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.