,
Laman Utama

“5 Tahun Usahakan, Dalam Masa Sehari Je Hilang” - Nadzmi Adhwa Kecewa Akaun Instagram Perniagaan Digodam

Azwa Rahman
10/06/2021
13:08 MYT
Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila akaun Instagram perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lepas hilang akibat digodam manusia tidak bertanggungjawab.
Menerusi laman sosial Instagram, Nadzmi berkongsi kekecewaan tersebut untuk tatapan umum.
“5 tahun berusaha naikkan Instagram AlwadelHijab, dalam masa sehari je hilang semua kena hack dengan orang yang tak bertanggungjawab. Semoga Allah sahaja membalasnya.
“Sedih sangat macam ni. Dah la PKP, terpaksa mula semuanya dari awal. Ada hikmah Allah duga sebab sayang. Terima kasih ada bersama saya susah senang @ardellaryana,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Nadzmi turut berkongsi akaun Instagram perniagaannya yang baru dibuka dan kini sudah mengumpul lebih 8,000 pengikut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata semangat buat Nadzmi untuk terus tabah dan berusaha untuk membangunkan akaun Instagram perniagaannya yang baharu.
“Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik,” sokong seorang wargamaya.
“Hmm orang kalau dah dengki. Semoga dipermudahkan semua,” komen seorang wargamaya.
“Patutlah dah lama tak lalu kat IG. Semoga murah rezeki ya,” tulis seorang wargamaya.
“Aduh kesiannya. Takpe moga Allah membalas orang yang macam tu. Semoga sukses selalu,” ujar seorang wargamaya lagi.
AlwadelHijab merupakan perniagaan pakaian muslimah dan hijab yang diuruskan oleh pasangan ini.
Imbas kembali, Nadzmi dan Ardell berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan pada 1 September 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"15,000 Kotak Terjual Dalam Satu Jam!" - Patutlah Nadzmi Adhwa Jarang Berlakon, Sibuk Jual Mi Kari Sekarang

gempak
16/12/2022
07:00 MYT
Fuh! Laku keras ek..
Laman Utama

Nadzmi Adhwa Cuba Ikhlaskan Hati Beri Sumbangan, Terkejut Isteri Pernah Hulur RM10,000 Bantu Orang Susah - "Dia Tak Berkira Soal Duit"

gempak
13/06/2022
04:51 MYT
Moga kita pun sama-sama ikhlas hulur sumbangan.
Laman Utama

Perlu Dana RM1.2 Juta! Nadzmi Adhwa, Farah Lee, Haze Antara 7 Ikon Ke Afrika Timur Bantu Komuniti Muslim

gempak
11/06/2022
11:17 MYT
Mereka terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang media sosial iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Nadzmi Adhwa, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan juga personaliti korporat iaitu Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.
Laman Utama

Ardell Bawa Dua Buah Bot Hantar Bantuan Banjir Di Pantai Timur

gempak
02/03/2022
13:40 MYT
Semoga dipermudahkan urusan Ardell dan pasukannya...
Laman Utama

“Keadaan Gelap, Line Tak Ada, Menggigil” - Ardell Kongsi Detik Menyelamat Mangsa Banjir

gempak
20/12/2021
05:35 MYT
Semoga semua selamat dan dalam keadaan yang baik-baik