,
Laman Utama

5 Selebriti Hollywood Obses Kucing… Wow Nama Kucing Taylor Swift Macam Nama Orang!

Izwan Isa
12/01/2022
13:50 MYT
Kucing merupakan antara binatang peliharaan yang menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan kesayangan.
Tidak hanya individu biasa, golongan selebriti juga turut tidak ketinggalan memelihara haiwan comel ini sebagai peneman tatkala berada di rumah.
Ingin tahu barisan selebriti yang begitu obses dengan kucing dan bagaimana mereka melayan ‘anak bulus’ mereka? Jom semak senarai ini:
Taylor Swift
Penyanyi popular Taylor Swift memang cukup terkenal dengan minatnya terhadap kucing. Justeru, tidak hairan jika dua kucing peliharaannya, Meredith Gray dan Olivia Benson turut sama meraih populariti seperti dirinya. Pada April 2019, Taylor berkata, faktor paling berpengaruh dalam hidupnya adalah memeluk kucing. Taylor turut memelihara seekor lagi kucing bernama Benjamin Button yang diberikan kepadanya ketika menjalani penggambaran klip video Me!.
Martha Stewart
Pengacara Martha Stewart tidak melepaskan peluang untuk memelihara si comel ini di rumah. Menurut Martha, dua kucing peliharaannya, Princess Peony dan Empress Tang, baka parsi calico merupakan kucing yang cantik, sangat istimewa dan suka bermain. Kongsi Martha lagi, dia menjaga kucing-kucingnya seperti dia menjaga anak kecil.
Jennifer Lopez
Siapa sangka, penyanyi dan pelakon berusia 52 tahun ini juga merupakan seorang pencinta kucing! Baru-baru ini, menerusi perkongsian di media sosial, Jennifer yang turut popular dengan panggilan JLO berkongsi video kucing baharunya. “Memperkenalkan, Hendrix!” tulisnya ringkas.
Bella Thorne
Menurut pelakon Bella Thorne, kucing kesayangannya, Louis dan Lola tahu jika dia sedang bersedih. “Jika saya sedang menangis, mereka akan datang kepada saya dan duduk dekat dengan saya. Mereka tahu saya sedang alami hari yang buruk. Kelakuan mereka itu membuatkan saya rasa lebih baik,” katanya.
Katy Perry
Katy Perry juga antara selebriti yang cukup terkenal sebagai individu yang sayangkan kucing. Hal ini dibuktikan apabila kucing kesayangannya, Kitty Purry turut muncul dalam klip video single debutnya, I Kissed A Girl pada 2008. Namun, Kitty Purry tidak selamanya bersama Katy. Pada 2014, kucing kesayangannya itu pergi meninggalkan Katy buat selamanya.
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Gelabah Tak Tahu Nak Handle Kucing Dalam Kereta Masa Balik Kampung Nanti, Ikut 3 Langkah Mudah Ni!

gempak
27/04/2022
14:39 MYT
Jangan panik kalau tak tahu nak handle kucing dalam kereta.
Laman Utama

#Foodieslife: Ikuti Diet Mudah Ini Untuk Memastikan Bulu Kucing Kesayangan Anda Sihat Dan Berkilat!

gempak
16/04/2022
13:50 MYT
Bulu kucing yang cantik cerminan diet yang baik
Laman Utama

#TravelMana: ‘Bermanja’ Dengan Si Bulu Di Luar Negara, 5 Kota Ini Wajib Dikunjungi Oleh Pecinta Kucing

gempak
05/03/2022
11:35 MYT
Semuanya manja dan jinak!
Laman Utama

Kenapa Choupette, Kucing Mendiang Karl Lagerfeld Merupakan Kucing Paling Bertuah Di Dunia?

gempak
14/02/2022
08:50 MYT
Memang bertuah!
Laman Utama

#OhAbeNik: Si Bulus Hilang, Ini Cara Panggil Semula Balik Rumah... #7 Tu Katanya Paling Berkesan!

gempak
10/02/2022
14:13 MYT
Nak buat macam mana kalau kucing hilang dari rumah ni?