,
Laman Utama

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Marabahaya Underground Di Astro First!

Izwan Isa
04/12/2021
05:50 MYT
Filem aksi permotoran Marabahaya Underground baru sahaja dilancarkan pada 2 Disember lalu di Astro First.
Tidak hanya menampilkan jalan cerita menarik, Marabahaya Underground turut mempersembahkan pelbagai aksi ekstrim termasuk drifting.
Masih belum berkesempatan menonton filem Marabahaya Underground? Berikut merupakan lima sebab mengapa anda perlu menonton filem aksi ini di layar kaca di kediaman anda.
1. Filem pertama arahan Cat Farish
Sebelum ini, Cat Farish cukup dikenali sebagai penyanyi rap dan juga pelakon. Tetapi, siapa sangka, di sebalik bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, Cat turut menumpahkan sisi kreatifnya dalam bidang pengarahan. Menurut Cat, dia banyak mempelajari teknik pengarahan daripada pengarah tersohor, Ahmad Idham.
2. Ipoh, Perak sebagai latar tempat utama
Jika filem-filem aksi permotoran seringkali menampilkan ibu kota Kuala Lumpur, namun, penonton dapat menyaksikan lokasi-lokasi menarik di Ipoh, Perak menerusi filem Marabahaya Underground ini.
3. Penyanyi jadi pelakon
Jika anda merupakan peminat Hazama dan MK K-Clique, anda harus menonton filem aksi permotoran ini. Lakonan mereka yang bersahaja selain penuh kelucuan pasti memberikan anda sebab untuk ketawa santai saat menyaksikan naskhah ini.
4. Koleksi kereta mahal
Menariknya, buat peminat kereta, filem Marabahaya Underground turut menampilkan jenama-jenama kereta terhebat seperti, Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo dan Porsche.
5. OST padu
Selari dengan genre filem aksi, Marabahaya Underground menampilkan runut bunyi yang cukup padu berjudul Velocity. Runut bunyi ini cukup istimewa kerana ia menampilkan penyanyi-penyanyi popular seperti Operahaus, Lil J, Eddie G, Bee Manhan, Malik Abdullah dan Orga.
Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Namun, Shah Dhani juga merupakan seorang yang banyak hutang dan kaki judi.
Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon.
Pelakon-pelakon lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.
Manakala bagi penampilan istimewa seperti, wajah-wajah popular seperti Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang turut menghiasi Marabahaya Underground.
Filem Marabahaya Underground boleh mula ditonton di saluran Astro First bermula 2 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dituduh Tidak Promosi Filem Sendiri, Ini Jawapan MK K-Clique

gempak
03/02/2022
09:50 MYT
MK berjanji untuk lebih peka selepas ini
Laman Utama

“Kalau Produser Minta Saya Kuruskan Badan Demi Watak, Saya Buat!” - Zalif Sidek

gempak
11/12/2021
02:50 MYT
Wah, komited!
Laman Utama

“Fuh.. Lain Macam Vibe Dia! Keep It Up Gaiss” - Netizen Teruja Tonton Klip Videp Velocity, OST Filem Marabahaya Underground

gempak
10/12/2021
08:50 MYT
Memang gempak habis!
Laman Utama

4 Sebab Hazama Suruh Tonton Marabahaya Underground, #1 Tu Memang Buat Peminat Kereta Love Sangat!

gempak
09/12/2021
09:50 MYT
Wahh macam best!
Laman Utama

Berlari Ketika Bulan Puasa Antara Cabaran Yang Dilalui Oleh Para Pelakon Marabahaya Underground Ketika Sesi Penggambaran

gempak
08/12/2021
12:20 MYT
Respek dengan para pelakon!