,
Laman Utama

5 Perkara Yang Gempak Suka Dengan Siri Live Action Pertama Super Wira!

Amri Hassan
04/10/2023
12:53 MYT
Selalu kita dengan adiwira Barat namun jarang-jarang produksi tempatan mengangkat watak live action adiwira.
Namun, siri Super Wira yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di Astro Ceria bakal mengubah persepsi korang dan landskap penceritaan genre superhero di Malaysia!
Apa yang menariknya tentang live action Super Wira ni, jom Gempak kongsikan!
1. Pelakon mantap
‘Super Wira’ diterajui barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy sebagai ketua kumpulan iaitu Kapten Gemilang atau Johan, Idan Aedan sebagai Aman dan Nadhir Nasar sebagai antagonis yang bernama Roy.
Siri ini turut dijayakan oleh Mira Filzah yang membawa watak sebagai Seri Gumum (Penjaga Kristal Kuasa Naga Tasik Chini), Ezzaty Abdullah sebagai Rose, Arena Wan sebagai Irena, Fadhli Masoot sebagai Wan dan juga Zizan Razak sebagai Awang Bunga.
2. Cerita power!
Penceritaan menerusi tujuh episod ini mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu Super Wira.
Setiap daripada mereka mempunyai kuasa masing-masing kecuali Aman, anak kepada Kapten Gemilang yang mengetuai Super Wira.
Dalam mencari potensi diri dan membuka kunci kuasanya yang terpendam untuk menyelamatkan ibunya yang ditangkap oleh penjahat bernama Roy, dia sedar bahawa kekuatan satu kuasa itu berbeza daripada apa yang dijangkakan.
3. Elemen lokal dan tradisional Melayu
Super Wira merupakan salah satu siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu yang merangkumi silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan Kapten Gemilang.
Selain itu, ada juga penggunaan cerita rakyat Naga Tasik Chini sebagai sebahagian daripada watak Mira Filzah yakni Seri Gumum.
4. Setanding adiwira Barat!
Menurut Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana Zainol Kamar, Super Wira merupakan langkah penting untuk Astro Ceria dalam memberi kepelbagaian dalam sajian kandungan.
"Untuk memenuhi permintaan para penonton yang inginkan kandungan yang mencabar dan lain daripada lain, ‘Super Wira’ menjadi pertaruhan kami untuk kekal relevan dan berdaya saing dengan kompetitor-kompetitor dalam mahupun luar negara.
"Kami ingin membuktikan bahawa produksi tempatan mampu melakukan siri-siri genre superhero sepertimana yang dilakukan oleh produksi-produksi antarabangsa.
"Lagi mengujakan apabila siri ini melihat kombinasi lakonan hebat. Bayangkan Beto dan Nadhir bertarung dalam fight scenes yang menakjubkan.
"Malah kita akan melihat Mira Filzah dalam watak yang berbeza daripada kebiasaan. Selain daripada itu, kami juga memaparkan Idan Aedan yang mempunyai bakat lakonan yang hebat sebagai generasi pelapis di negara kita.
"Kami berharap agar ‘Super Wira’ dapat mencetus fenomena baharu di kalangan dewasa, anak muda dan juga kanak-kanak. Jika ramai di antara kita merupakan peminat adiwira Marvel mahupun DC, masanya tiba untuk menjadi peminat adiwira tempatan iaitu ‘Super Wira’," tambahnya lagi.
5. Efek CGI!
‘Super Wira’ merupakan siri berkonsepkan adiwira yang menggunakan elemen CGI untuk memberi impak realistik dalam pembikinan filem bergenre sci-fi fantasi.
Penceritaan fiksyen ini menampilkan pelbagai sudut aksi daripada pelakon-pelakon yang hebat, seiring dengan minat golongan muda pada masa kini yang turut diselit inspirasi dan moral dengan tagline ‘Kuasa Itu Pilihan’.
‘Super Wira’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu.
Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Didi & Friends, Kini Pengembaraan Menyelamatkan Dunia Diteruskan Bersama Oga & Friends!

gempak
18/09/2024
12:50 MYT
Astro membawakan satu lagi siri animasi baharu iaitu Oga & Friends.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

gempak
05/08/2024
09:25 MYT
Setelah enam tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.