LAMAN UTAMA
5 Komposer Terbaik . 1 Bintang Bakal Naik
Anda berbakat dalam bidang nyanyian? Ada impian untuk menjadi artis rakaman, dengan karya emas komposer-komposer tersohor Malaysia?
Setiap bintang bermula dengan satu peluang, dan inilah peluang anda!
Sertai program realiti nyanyian terbaru Astro RAISE THE STAR, dan buktikan bahawa andalah bintang baru yang kami cari!
SYARAT PENYERTAAN
1. Berbakat dalam bidang nyanyian
2. Berperwatakan menarik
3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berbilang kaum
4. Berumur 18 tahun dan ke atas (ketika video dimuatnaik)
UJI BAKAT TERBUKA SECARA DALAM TALIAN (Online)
Langkah 1: Mulai 1 Mei 2025, muat naik video berdurasi 1 minit 30 saat (dengan audio dan visual yang jelas) ke akaun media sosial anda berserta dengan hashtag #RaiseTheStarMY, dan pastikan akaun anda tidak ‘private’.
Langkah 2: Isi borang penyertaan di bawah. Sila pastikan semua adalah maklumat lengkap dan tepat.
Langkah 3: Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi RAISE THE STAR, dan akan mendapat pas 'fast lane' di sesi uji bakat seterusnya (secara bersemuka).
UJI BAKAT TERBUKA SECARA BERSEMUKA
1. Sesi uji bakat secara bersemuka ini akan diadakan pada 10 dan 11 Mei 2025 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Peserta yang terpilih menerusi uji bakat ‘online’ akan diberikan pas ‘fast lane’ (tak perlu beratur untuk pendaftaran).
3. Semua peserta perlu bersedia dengan lagu-lagu wajib yang telah dipilih oleh pihak produksi untuk sesi uji bakat di hadapan panel juri profesional. Senarai lagu akan diumumkan kemudian.
4. Hanya peserta yang terbaik akan mara ke peringkat seterusnya.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Semoga berjaya!
Rujuk Terma dan Syarat di sini
Must-Watch Video