,
Viral

5 Kilogram Strawberi Diperlukan Untuk Kek Perkahwinan Sean Lee & Bay Doucet

Gempak
08/07/2024
09:22 MYT
Pelakon dan pengacara Gempak Most Wanted, Sean Lee baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Bay Doucet semalam.
Selain kemanisan yang terpacar sebagai pasangan pengantin baharu, ramai juga dalam kalangan netizen tertarik melihat kek perkahwinan Sean dan Bay yang terhidang pada majlis resepsinya.
Berpeluang bercakap dengan individu di sebalik kek berkenaan iaitu Shazwan, mereka pada awalnya tidak mengetahui kek yang ditempah adalah untuk Sean dan isteri.

5 kilogram

“Wakil dari KAMI Weddings menghubungi kami mengenai kek ini sebab kita pernah buat kek yang sama sekitar Mac lalu.
“Kek-kek yang kami buat mengikut standard saiz ‘designer cake’. Kita tak pernah buat cake bersaiz besar and it semestinya memberikan cabaran buat kami,” katanya ketika dihubungi Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Perkahwinan, Sean Lee Kini Bergelar Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Panggilan Manja Seperti ‘Baby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’ Boleh Harmonikan Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan

Melanjutkan bicara, Shazwan yang bersama The Buttercake Factory itu berkata, mereka menggunakan strawberi yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) untuk ‘memenuhkan’ permukaan atas kek perkahwinan Sean itu.

“Kami guna sekurang-kurangnya 20 kotak strawberi yang secara total seberat 5 kilogram.

“Harga kek seperti kek perkahwinan Sean Lee itu adalah RM2,500 termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang,” katanya lagi.
Shazwan menambah, The Buttercake Factory yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur turut menyediakan khidmat pembuatan kek untuk pelbagai acara seperti hari jadi, pertunangan, gender reveal dan tempatan korporat seperti hadiah dan hamper.
Bagi yang berminat boleh buat tempahan kek seperti kek perkahwinan Sean Lee boleh lakukan demikian di https://www.buttercakefactory.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

gempak
19/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.
Hiburan

Pilih Untuk ‘Low-Key’, Sean Lee Tak Mahu Komen Orang Sekeliling Beri Impak Hubungan Cinta Bersama Bay Doucet

gempak
13/07/2024
05:55 MYT
Memilih untuk memprivasikan hubungan cintanya, pengacara dan pelakon, Sean Lee mendedahkan dia tidak mahu komen dari orang sekeliling memberikan impak pada hubungan cinta dengan isterinya, Bay Doucet.
Hiburan

8 Tahun Jalin Cinta, Sean Lee Tiada Niat Sorok Perkahwinan Dengan Isteri – “Kalau Betul Sayang Tak Perlu Gelojoh”

gempak
12/07/2024
09:55 MYT
Pelakon dan pengacara Sean Lee menjelaskan dia tidak berniat merahsiakan perkahwinannya bersama model, Bay Doucet yang berlangsung secara tertutup Ahad lalu.
Hiburan

Kongsi Gambar Perkahwinan, Sean Lee Kini Bergelar Suami

gempak
07/07/2024
11:57 MYT
Pelakon dan pengacara Gempak Most Wanted, Sean Lee mengumumkan yang dia kini telah bergelar suami.
Hiburan

Sean Lee Nafi Tiru Tarian Jungkook - "Sebenarnya Idea & Konsep Sudah Dibuat Awal"

gempak
18/01/2024
00:55 MYT
"Saya tak tiru sesiapa pun"