gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gitaris Ditahan Belasah Jiran
HIBURAN
Isteri Aliff Syukri Tegas Didik Anak, Baling Telefon Ibraheem Sebab Tak Hirau Dipanggil - “Saya Memang Garang, Tak Pernah Kata Saya Baik”
VIRAL
Sarung Cincin Harga Hampir RM10,000, Netizen Usik Syed Syafiq - “Harga Dia Tu Boleh Bayar Duit Kereta Aku”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

FILEM

5 Filem Seram Islamik Dari Pelbagai Negara Yang Bikin Meremang!

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
14/04/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
5 Filem Seram Islamik Dari Pelbagai Negara Yang Bikin Meremang!
Genre seram seringkali dikaitkan dengan unsur mistik dan keagamaan. Menariknya, filem-filem seram berunsur Islamik menampilkan elemen kepercayaan, ruqyah, jin dan kekuatan doa yang memberi kelainan berbanding filem seram biasa.
Jadi, kalini Gempak senaraikan 5 filem seram Islamik dari serata dunia!

1. Qodrat (Indonesia)

Mengisahkan seorang ustaz pengamal ruqyah, Qodrat, yang kehilangan anaknya akibat gangguan jin. Setelah kembali ke kampung halaman, dia berdepan dengan gangguan sama yang menghantui penduduk.
Sarat dengan adegan ruqyah yang realistik dan efek seram yang menjadi. Filem ini memaparkan pertarungan antara manusia dan jin dalam konteks Islam secara mendalam.

2. Munafik (Malaysia)

Ustaz Adam, seorang pengamal perubatan Islam, berdepan ujian iman setelah kematian isteri dan gangguan makhluk halus terhadap seorang pesakit.
Filem seram Islamik paling berjaya di Malaysia. Sarat dengan dialog keagamaan dan babak kerasukan yang membuatkan penonton tidak senang duduk.

3. KHONG-KHAEK (Thailand)

Mengisahkan dua sahabat, seorang Muslim dan seorang Buddha yang menyiasat siri kejadian aneh berkaitan ritual ilmu hitam di selatan Thailand.
Menarik kerana gabungan elemen kepercayaan Islam dan Buddha. Gaya seram Thailand digabung dengan mesej keagamaan menjadikan ia unik dan menyeramkan.

4. Under the Shadow (Iran)

Berlatar belakang perang Iran-Iraq, seorang ibu dan anak perempuan berdepan gangguan jin yang berpunca daripada kepercayaan tradisi kuno.
Seram secara psikologi dan simbolik. Menggabungkan suasana tegang perang dengan elemen jin dari mitologi Islam Parsi.

5. Djinn (UAE)

Pasangan suami isteri pulang ke kampung di UAE dan mendapati rumah mereka dihuni makhluk ghaib dari lagenda tempatan.
Antara filem seram Arab pertama yang membawa mitos jin ke layar moden. Visual menarik tetapi plot agak perlahan. Namun, tetap menakutkan dengan elemen jin padang pasir.
Untuk info, filem Qodrat 2 terbitan MAGMA Entertainment dan Rapi ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 April ini di pawagam seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Filem
#Seram
#Islamik
#Keagamaan
#Qodrat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement