,
Berita

49 Pelajar Sakit Perut Keracunan Makan Di Sekolah

Gempak
29/09/2024
04:31 MYT
Seramai 49 pelajar di sebuah sekolah menengah di Membakut, Beaufort, Sabah mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan pada Rabu lalu.
Pelajar tersebut dipercayai mengambil makanan pek dalam satu program yang diadakan di sekolah tersebut pada Selasa.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin mengesahkan perkara itu berkata, semua pelajar tersebut telah menerima rawatan pada hari yang sama namun kesemua murid telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Memang ada kes ini, pelajar makan makanan ketika menyertai sebuah program pada 24 September dan mengalami simptom pada keesokan harinya.
"Seramai 47 pelajar terdiri daripada Tingkatan Lima dan dua lagi pelajar Tingkatan Dua mengalami sakit perut dan cirit-birit, tetapi keadaan terkawal di mana semua pelajar sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Bagaimanapun, Raisin berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak sekolah dan juga daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pihak KKM telah diberikan maklumat mengenai pembekal makanan dalam program tersebut untuk tindakan lanjut dan sedang menyiasat punca keracunan makanan itu.
"Mesyuarat susulan juga akan dibuat esok dan selepas itu, pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan maklumkan secara terperinci mengenai kes ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, sebarang maklumat adalah berdasarkan hasil dapatan siasatan daripada kedua-dua pihak dan akan dimaklumkan kemudian.
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Prank Bergaduh Sebelum Sambut Hari Jadi Tular, Fasilitator UiTM Segamat Tampil Mohon Maaf

gempak
04/10/2024
06:49 MYT
Selepas tular video prank bergaduh di hadapan pelajar baharu dalam sesi orientasi baru-baru ini, fasilitator Universiti Teknologi Mara Segamat tampil membuat permohonan maaf.
Viral

Sedih Baca Kes Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Cikgu Debbie Titip Kata Nasihat- “Jangan Mudah Putus Asa..”

gempak
03/10/2024
18:55 MYT
Pencipta konten, Debbie Soh Kim Lian atau lebih dikenali sebagai Cikgu Debbie meluahkan rasa terkilan susulan berita pemergian pelajar 13 tahun yang dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat 8 bangunan sekolah.
Terkini

Jijik! Penuntut Universiti Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Kedai Serbaneka - "Gila Betul, Bagus Sangat Ker ..."

gempak
03/10/2024
14:55 MYT
Tular di aplikasi media sosial X seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Lampung, Indonesia diganggu oleh seorang pembeli yang cuba menunjukkan alat sulitnya di kaunter pembayaran.
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

gempak
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Viral

"Terima Kasih Ganggu Mental Kami" - Netizen Simpati Anak Kieda Crepe Dibuli Di Sekolah

gempak
01/10/2024
08:25 MYT
Usahawan crepe terkenal, Kieda berkongsi sepotong video menasihati anak lelakinya untuk tidak melawan kata-kata dari kawan sekolahnya.
BorakSeeni