,
Laman Utama

“4 Tahun Saya Jaga Aib”- Isteri Shuk Reda Suami Diberhentikan Sebagai Deejay

Syafiqah Jalal
19/02/2021
06:01 MYT
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassiah Asshaferah akui reda apabila suaminya ditamatkan kontrak dari menjadi penyampai radio Hot FM berkuatkuasa semalam.
Rossalennah atau lebih mesra dengan panggilan Sera itu berharap dengan apa yang berlaku, Shuk dapat kembali jalankan tanggungjawabnya kepada keluarga.
“Biar la kita hilang segalanya asal dia kembali tempat asal… Daripada ada segalanya tapi lupakan saya dan anak-anak,” katanya.
Sera jelaskan perkara itu di dalam ruangan komen Instagram (IG) miliknya selepas laman sosialnya menjadi tempat netizen meminta dan penjelasan susulan berita perkhidamatan Shuk ditamatkan semalam.
Dalam masa yang sama menerusi kemas kini terbaharunya, Sera sekali lagi tampil menjelaskan mengapa selama ini dia didakwa sanggup mengaibkan suami serta kisah rumah tangganya di media sosial.
“Saya pun tahu risiko apa akan jadi sebelum buat sesuatu. 4 tahun saya jaga aib. Bila jaga aib makin kena provoke macam-macam. Saya diam sebab bila saya bersuara dulu orang cakap buka aib.
“Tetapi bila saya diam ‘pelakor’ (perampas laki orang) bertepuk tangan padan muka sebab tak berani bersuara.
“Dan sampai mati la isteri dalam dunia takut bersuara. Kalau kes isteri curang, check in dengan lelaki lain di luar sana, saya rasa lelaki pun tak boleh nak tahan la ada perempuan sanggup buat macam tu.
“Tolong kesian dulu nasib para isteri yang duduk rumah, jaga anak-anak, cari duit sendiri menjual sana sini!!! Kalau diam sampai mati pun makan hati la oii. Bahagia kah macam tu. Pelakor tepuk tangan!” jelasnya.
Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan itu diketahui umum selepas Sera mendedahkannya sendiri di IG mengenai perilaku suaminya yang curang. Namun kini ia sudah pun selesai selepas Shuk ‘meminang’ isterinya sendiri menerusi rakaman live di IG.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.