HIBURAN
4 Tahun Beraya Sendiri, Sajat Syukur Akhirnya Dapat Beraya Dengan Anak-Anak
Setelah empat tahun berpisah, usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat akhirnya dapat menyambut Syawal bersama anak-anak tercinta.
Berita gembira tersebut dikongsi menerusi video di akaun TikTok.
Katanya, dia gembira dan bersyukur apabila dapat berkumpul semula dengan anak-anak bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri
“Alhamdullilah ya Allah. Akhirnya sajat dapat beraya bersama anak- anak Sajat tahun ni.
“Setelah 4 tahun beraya sendiri,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Selain itu, Sajat juga memohon supaya orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Doakan sajat dan anak-anak baik-baik sahaja,” tulisnya lagi.
Tedahulu, Sajat berjaya meraih perhatian ramai selepas dipercayai sudah pulang ke tanah air selepas beberapa tahun menetap di Australia.
Bagaimanapun, usahawan tersebut dipercayai kini sedang berada di negara jiran, Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tertipu, Rupanya Sajat Bukan Di Malaysia Tapi...
ARTIKEL BERKAITAN: "Alhamdulillah, Selamat Sampai" - Sajat Dikhabarkan Balik Malaysia, Tanya Idea Bazar Ramadan Menarik
Sekadar info, Sajat kini menetap di Australia selepas pihak penguatkuasa Malaysia memburunya di atas beberapa kesalahan syariah yang pernah dilakukan di negara ini.
Sekitar 2021, dia pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.
Must-Watch Video