,
Laman Utama

4 Keluarga Hilang Kediaman Akibat Banjir, Ebit Lew Bantu Bina Rumah Baharu - “Tak Berhenti Mereka Ucap Terima Kasih…”

Izwan Isa
31/01/2022
06:50 MYT
Hujung tahun lalu, musibah banjir melanda hampir sebahagian daripada Malaysia. Selain beberapa kawasan di ibu kota, negeri-negeri Pantai Timur juga banyak yang terjejas dan banyak individu kehilangan harta benda selain kemusnahan tempat tinggal.
Justeru, tidak hairan jika Ustaz Ebit Lew mengambil inisiatif untuk membantu empat keluarga yang kehilangan rumah akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Instagramnya, Ebit turun ke Mentakab, Pahang bagi melihat keadaan keluarga-keluarga yang terlibat. Menurut Ebit, dia akan membina empat buah rumah berserta dengan tangki air untuk saluran air bersih.
“Sedihnya rasa bila tengok empat buah rumah hanyut dibawa air di Mentakab. Mereka bina khemah sementara untuk tempat tinggal.
“Kami bantu bina empat buah rumah dan akan bina satu tangki air untuk kampung. Berat ujian mereka. Tadi tak berhenti mereka ucap terima kasih. Ada yang menangis, ada yang dah tak boleh menangis. Tak terbayang ada terpaksa duduk dalam khemah dari hari tu. Katanya apa lagi kami mampu ustaz. Terima sahajalah takdir ini,” tulis Ebit.
Ebit menambah, dia turut membantu 15 keluarga lain yang turun terkesan selain membinakan sebuah telaga bagi memberikan bekalan air bersih buat kegunaan seharian.
“Ada 15 buah keluarga tinggal di sini. Sekumpulan anak muda yang baik dari KL bantu mereka dari mula banjir di samping masyarakat setempat dan badan yang lain. Anak muda ini bina jambatan rosak yang berbahaya untuk dilalui. Mereka menghubungi kami.
“Sedih tengok jambatan sedang dibetulkan. Lagi sedih tiada air paip. Mereka ada telaga kecil di rumah tapi airnya masam. Dah 15 tahun guna. Berbincang bersama insya-Allah kami akan bina air perigi dan salurkan air untuk kegunaan 15 buah keluarga ini. Semuanya penduduk tempatan.
“Doakan ya. Semoga dimudahkan, dibantu dan diterima Allah,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit memberikan kata-kata positif dan memuji pertolongan yang diberikan olehnya kepada mangsa banjir.
Ada juga yang mencadangkan supaya badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi membantu mangsa-mangsa seperti itu pada masa akan datang.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.