HIBURAN
4 Artis Indonesia Sambut Aidilfitri Dalam Penjara
Umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan hari kemenangan Aidilfitri nan mulia.
Pada saat ramai yang berbahagia menyambut Lebaran bersama keluarga, InsertLive menyenaraikan empat artis Indonesia yang terpaksa merayakan Lebaran di sebalik tirai besi kerana menjalani hukuman akibat beberapa jenayah yang dilakukan.
Artis yang pertama menyambut Syawal di penjara adalah Nikita Mirzani. Bintang sensasi ini ditahan di Polda Metro Jaya sejak 4 Mac lalu atas dakwaan peras ugut dan mengancam seorang pakar kecantikan, Doktor Reza Gladys. Meski sudah beberapa kali keluar masuk penjara, ini merupakan pengalaman pertama Nikita menyambut hari raya di penjara.
Seterusnya adalah pelakon Ammar Zoni yang terpaksa menyambut 1 Syawal di penjara akibat jenayah dadah. Meski sudah beberapa kali ditahan atas kes dadah, ini juga pertama kali Ammar terpaksa berhari raya di penjara. Ammar sudah ditahan sejak Disember 2024.
Turut menyambut Aidilfitri di penjara adalah Rio Reifan. Pelakon ini ditangkap pada 26 April 2024 kerana penyalahgunaan dadah. Ini merupakan kali keempat dia terlibat dalam kes jenayah serupa. Ironi, Rio baru bebas pada Februari 2024 sebelum kembali ditangkap. Kini, dia harus merayakan Lebaran 2025 di penjara.
Dan terakhir yang terpaksa merayakan Lebaran di penjara adalah pemuzik veteran Fariz RM. Dia ditangkap di Bandung pada Februari 2025 akibat penyalahgunaan dadah. Sebelum menyambut raya, Fariz RM pun menjalani Ramadan sebagai banduan.
Must-Watch Video