,
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

Gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Beliau berkata jumlah itu hampir sama dengan yang direkodkan ketika cuti umum lain, dengan paling ramai masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan pekan Sadao, Songkhla di samping pintu sempadan di Padang Besar dan Rantau Panjang.
"Apa yang penting, bawa bersama dokumen diperlukan termasuk insurans dan geran kereta asal bagi yang menggunakan kenderaan persendirian untuk menggelak sebarang masalah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan berdasar rekod Lembaga Pelancongan Thailand, seramai 3.7 juta pelancong Malaysia berkunjung ke negara berkenaan mulai Januari hingga September 2024.
Ahmad Fahmi turut menasihatkan pemandu Malaysia termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi supaya berhemah di jalan raya Thailand, memandangkan banyak aduan diterima pihaknya mengenai isu tidak mematuhi had laju ditetapkan dalam kalangan pelancong.
"Kita tidak mahu berlaku insiden tidak diingini, kerana jalan raya di Thailand banyak lokasi pusingan-U yang sering digunakan penunggang motosikal," katanya.
Mengenai cukai perjalanan 300 baht (RM38.65) yang ingin diperkenalkan Thailand tahun depan kepada pelancong asing, Ahmad Fahmi berkata perkara itu masih di peringkat kajian dan pihak terlibat sedang meneliti implikasi pelaksanaannya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Unitar