,
Laman Utama

30 Graduan Perubatan UM ‘Hilang’ Ke Singapura Setiap Tahun

Izwan Isa
23/12/2022
04:50 MYT
Setiap tahun, sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan terbaik Universiti Malaya (UM) mencari peluang yang lebih baik untuk meneruskan karier di negara jiran, Singapura.
Bukan sahaja mengakibatkan negara kehilangan perkhidmatan perubatan yang amat diperlukan, malah universiti terkemuka itu juga seolah-olah mengalami kerugian apabila latihan bagi setiap seorang pelajar menelan perbelanjaan hampir RM1 juta.
Bekas Dekan Fakulti Perubatan UM Dr Adeeba Kamarulzaman mendedahkan, kehilangan kepakaran itu berpunca daripada kekurangan tawaran kerja untuk penempatan serta ketiadaan laluan yang jelas untuk pegawai perubatan meneruskan perkhidmatan.
Menerusi hantaran di Twitter, beliau mengulas mengenai masalah beban kerja yang dihadapi oleh pekerja sektor kesihatan.
“Kita akan sentiasa mengalami masalah ini, selagi kita tidak serius dalam menangani isu pekerja petugas perubatan di Malaysia.
“Sebagai langkah pertama, kita boleh mula melihat kepada isu kehilangan tenaga mahir ke luar negara (brain drain) dalam kalangan graduan dan pegawai perubatan,” ujarnya.
Tambah Dr Adeeba, masalah ini bertambah buruk apabila negara bakal menghantar pegawai perubatan (MO) tempatan ke United Kingdom bagi membantu mengatasi masalah kekurangan petugas kesihatan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) negara itu.
“Saya tak menyalahkan langsung pegawai-pegawai perubatan muda. Saya juga akan lari ke mana-mana tempat yang mempunyai peluang.
“Bagaimana kita nak bangunkan sistem kesihatan yang berdaya tahan dan berperingkat global kalau kita terus mengalami ‘brain drain’ secara dalaman dan luaran?”
Baru-baru ini, Gerakan Hartal Doktor Kontrak dilaporkan bakal bertemu Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bagi membincangkan isu berkaitan pegawai perubatan kontrak serta masalah lain.
Ia susulan mogok besar-besaran di seluruh negara pada Julai 2021 akibat masalah yang dihadapi doktor kontrak untuk dilantik ke jawatan tetap.
Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), kira-kira 1,000 doktor pakar (specialist) telah meninggalkan sektor perubatan awam dari 2011 hingga 2017 atas pelbagai sebab.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

gempak
07/08/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.
Berita

Tunai Hajat Anak Nak Tengok Konsert K-Pop, Lelaki Didenda Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja

gempak
30/07/2024
09:25 MYT
Seorang warga Singapura didenda S$5,000 (RM17,263) gara-gara menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari sebuah Keluarga Diraja
Gaya Hidup

Kesuma Juara Zon Tengah Festari Malaysia 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM3,000

gempak
29/07/2024
15:52 MYT
Kumpulan Kesuma dinobatkan sebagai johan zon tengah Festival Tari Malaysia 2024, menumpaskan lapan pasukan lain yang bertanding tahun ini.
Berita

“Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

gempak
18/07/2024
00:10 MYT
Didakwa membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu, seorang warga Singapura memohon supaya Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya.