,
Laman Utama

3 Tahun Selepas Perkahwinan Bernilai RM3.3 Juta, Khabar Angin Dakwa Priyanka Chopra & Nick Jonas Berantakan?

Asraf Aided
23/11/2021
14:15 MYT
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nick Jonas, aktres popular Bollywood Priyanka Chopra bertindak memadam nama keluarga Jonas di akaun Twitter dan Instagram miliknya.
Perkara itu kemudiannya mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat jika pasangan itu mahu berpisah dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, menerusi laporan Hindustan Times, ibu Priyanka, Madhu Chopra tampil menafikan perkara itu.
"Ianya sampah, jangan sebarkan kabar angin," katanya.
Dalam pada itu, Priyanka, 39, juga seakan berjaya menangkis tanggapan negatif apabila meninggalkan komen mesra di akaun Instagram suaminya itu.
Nick, 29, berkongsi video melakukan senaman dan memperlihatkan otot serta tubuh badannya yang sasa.
"Saya mati dalam pelukan awak!" komen Priyanka diikuti emoji mata dan bentuk hati.
Setakat artikel ini ditulis, Priyanka masih belum menjelaskan sebab mengapa dia memadam nama (surname) suaminya itu di platform media sosial.
Terdahulu, Priyanka dan Nick melangsungkan majlis resepsi gilang gemilang di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India beberapa hari selepas berkahwin pada 3 Disember 2018.
Ia dihadiri oleh 225 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.
Antara yang menarik tentang majlis tersebut, Priyanka menyarung gaun dihiasi 2.3 juta butir labuci mutiara rekaan Ralph Lauren yang mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan.
Malah, hasil tinjauan Gempak di portal E News juga mendapati jumlah perbelanjaan perkahwinan pasangan itu mencecah sekitar RM3.3 juta.
BACA: "That Train Is Everything!" - Veil Meleret Priyanka Chopra Jadi Sebutan, Epiknya!
BACA: Meriahnya! Ini Foto-Foto Menarik Sekitar Pre-Wedding & Majlis Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Berang Individu Buat ‘Kad Undangan Pertunangan’ Guna Namanya – “Saya Tak Halalkan Awak Berbisnes…”

gempak
24/06/2024
05:29 MYT
Aktres sensasi, Ruhainies tampil bersuara susulan ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak menggunkan namanya dan pelakon Aliff Aziz untuk tujuan meraih publisiti.
Hiburan

Naim Daniel Tak Backup Rakan Selebriti, Dedah Sebab Kenapa Padam Hantaran Di X

gempak
23/05/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Naim Daniel menafikan dakwaan mempertahankan rakan selebriti seperti yang didakwa oleh segelintir pihak susulan kecoh isu Gerakan Blockout 2024 sebelum ini.
Berita

Api Di Bukit Broga Padam Sepenuhnya, Cuaca Panas Melampau, Tiupan Angin Jadi Punca Kebakaran

gempak
18/03/2024
01:19 MYT
Kawasan hutan di tapak rekreasi popular Bukit Broga, di sini, yang terbakar malam tadi, padam sepenuhnya, awal pagi ini.
Laman Utama

Uqasha Senrose Mohon Maaf, Padam Hantaran Hrithik Roshan Di IG! - "Saya Bukan Liberal, Bukan Tak Sensitif"

gempak
08/11/2023
01:55 MYT
Uqasha Senrose padamkan hantaran promosi konsert Hrithik Roshan.
Laman Utama

Hafidz Roshdi Warning Bekas Isteri Padam Gambar - "Sebelum Saya Ambil Tindakan..."

gempak
18/10/2023
01:45 MYT
Pelakon Hafidz Roshdi memberikan amaran kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada