,
Hiburan

3 Jam Tak Terasa! Konsert M.Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan Memang Padu!

Fiza Kamarudin
25/11/2019
06:45 MYT
Persembahan mantap dan bertenaga Datuk M.Nasir pada ‘Konsert M.Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan’ malam Sabtu dan Ahad lepas memberi kepuasan maksimum kepada peminat.
Bayangkan, konsert yang berlangsung selama lebih tiga jam itu tidak terasa malah, peminat masih meminta M.Nasir menyanyi dan jangan berhenti.
Energi luar biasa yang dipersembahkan M.Nasir menyampaikan 28 buah lagu hits yang mengiringi perjalanan seninya sepanjang 40 tahun membuatkan 2800 penonton di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur puas. Persembahan dimulakan dengan pembukaan sketsa wayang kulit oleh pelakon tersohor Sabri Yunus sebagai Wak Dogo dan Wak Long oleh Romli.
Tirai persembahan dibuka dengan lagu Langgam Pak Dogo daripada album Phoenix Bangkit (2002), yang diikuti dengan lagu Anak-anak Kita, daripada album Canggung Mendonan (1995) dan Phoenix Bangkit Dari Abu juga daripada album Phoenix Bangkit.
Dewan semakin hangat apabila M.Nasir menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana dan penonton mula berdiri memberikan tepukan gemuruh apabila lagu Sentuhan Listrikmu, Bila Rumi Menari dan Tari Cinta Rimba Mistikal dipersembahkan. Seperti biasa, mengenali M.Nasir atau digelar Sifu ini beliau tidak akan senang jika melihat penontonnya ‘duduk statik’ menghayati persembahan.
Penonton mula berdiri dan menari di tempat duduk masing-masing memeriahkan lagi suasana pada malam konsert.
Segmen lagu medley ciptaan M.Nasir menggamatkan dewan apabila Sifu mempersembahkan lagu Kenangan Lalu (Flybaits), Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar Merah (Allleycats), Milik Siapakah Gadis Ini, Bercanda di Pasiran Pantai (Sudirman), Istana Menanti (Rahim Maarof), Hani (Hattan), Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Sampai Hati (Spring), Fantasia Bulan Madu, Sejati (Search), Jaket Biru dan Pawana (Wings). Penonton turut menyanyi bersama dan enjoy the moment dengan menyalakan lampu di telefon bimbit masing-masing.
Tidak terhenti di situ, Sifu terus memukau penonton di dalam dewan dengan lagu Ekspress Rakyat, Hati Emas, Gerhana yang dimedleykan dan Gurindam Gunung Tahan, Bikin Filem serta Bukalah Hati Mu.
Setiap lagu yang disampaikan membuai emosi penonton apatah lagi lagu-lagu disampaikan membuatkan kita kembali mengimbas zaman muda.
Hijab Kekasih, Mentera Semerah Padi, Sahabat Gua, Apokalips, Ada dan Raikan Cinta membuatkan penonton terus berdiri sehingga lagu penutup Mustika dinyanyikan. Konsert solo tersebut tidak lengkap tanpa kehadiran kumpulan muzik ‘Gong’ terdiri daripada Aznan Alias, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists, yang diibaratkan seperti ‘nyawa’ buat Sifu dalam setiap persembahan dan penghasilan album beliau.
Kesimpulannya M.Nasir bukan sekadar nama, tetapi berada dalam kelas tersendiri!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.