,
Berita

"3 Hari 3 Malam" - Sukarelawan Kongsi Pengalaman Mandikan Jenazah Mangsa Tragedi Christchurch

Kamaruddin Razal
23/03/2019
12:23 MYT
“Tidur selama satu jam adalah yang waktu tidur terbaik dalam hidup saya.”
Demikian jelas salah seorang daripada 10 sukarelawan dari Brisbane, Australia yang terlibat dalam proses memandikan jenazah 47 jenazah lelaki yang terkorban dalam insiden menyayat hati di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac, lapor Astro Awani.
Proses berkenaan mengambil masa selama tiga hari tiga malam sebelum mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing.
Hanya mahu dikenali sebagai Mo, lelaki itu memberitahu, barisan doktor yang menguruskan jenazah 50 umat Islam disifatkan sebagai luar biasa.
Katanya, tanggungjawab itu dijalankan dengan sebaik mungkin bagi memastikan jenazah dalam keadaan paling sempurna.
“Proses menyiapkan jenazah yang terkorban mengambil masa selama tiga hari tiga malam. Jenazah dimandikan sebanyak tiga kali. Pertama menggunakan air suam, kedua dengan air yang berasal dari tumbuhan yang dianggap suci dan yang terakhir menggunakan air beraroma wangi.
“Kami menguruskan setiap jenazah seperti mereka adalah keluarga kami. Saya memandikan jenazah mereka seperti memandikan jenazah bapa atau saudara saya,” kata Mo kepada AFP.
Kata Mo, seperti dinyatakan dalam ajaran Islam, jenazah perlu dikebumikan paling lambat dalam tempoh 24 jam dan bahan pengawet dilarang sama sekali untuk digunakan.
Namun, disebabkan kejadian berlaku akibat serangan pengganas, siasatan perlu dijalankan secara terperinci termasuk proses pengecaman.
Ia menyebabkan jenazah yang dapat diserahkan kepada keluarga selepas empat ke lima hari selepas kejadian.
Menurut Mo, suasana sepanjang menguruskan jenazah terlalu emosional dan dia bersama sukarelawan yang lain berpelukan sambil menangis dalam menjalankan tugas mulia itu.
“Itu adalah momen yang membahagiakan kerana kami tahu kami telah melaksanakan tanggungjawab kami dengan sempurna,” katanya.
Serangan yang turut mencederakan puluhan yang lain itu berlaku semasa umat Islam hendak menunaikan solat Jumaat itu di dua buah masjid di Christchurch.
Kejadian itu turut mengakibatkan seorang remaja warga Malaysia, Muhamamd Haziq Mohd. Tarmizi, 17 tahun meninggal dunia.
Bapanya, Mohd. Tarmizi Shuib dan dua lagi mangsa, Muhamamd Nazril Hisham Omar, 46 dan Rahimi Ahmad, 39 tahun turut tercedera dalam serangan berkenaan.
Sumber: Astro Awani / Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.