,
Laman Utama

3 Anak Yatim Palestin Ditaja Secara Bulanan Oleh Rakyat Malaysia Terkorban Dalam Serangan Zionis

Izwan Isa
08/11/2023
02:50 MYT
Tiga anak yatim Palestin yang ditaja rakyat Malaysia dikhabarkan telah pergi buat selamanya selepas terkorban dalam serangan Zionis ke atas Gaza semalam.
Anak-anak syurga itu adalah Abedallah Shikh Eid Ali Ali Al Nashar dan Baker Mohammed Baker Al Nams. Ketiga-tiga mereka berusia 17 tahun.
Perkhabaran tersebut disampaikan oleh pemilik platform X, Zulfadhli Zin dan disahkan oleh akaun MyCARE.
3 anak yatim yang rakyat Malaysia sponsor tiap bulan menjadikan anak angkat, telah pergi selamanya. Terkorban☹️
Pihak @mycarehq dah maklumkan kepada parent angkat mereka di Malaysia.
Sama-sama kita doakan dan salam takziah. pic.twitter.com/KPqvaKyq9l— Zulfadhli Zin (@byzulfadhlizin) November 7, 2023 “Menerima berita sedih buat rakyat Malaysia. Tiga anak yatim (dari Palestin) yang ditaja Malaysia setiap bulan dan dijadikan anak angkat, telah pergi selamanya.
“Pihak @mycarehq dah maklumkan kepada parent angkat mereka di Malaysia. Sama-sama kita doakan dan salam takziah,” tulisnya.
Menerusi balasan-balasan di hantaran itu, ramai dalam kalangan pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan roh anak-anak itu, selain membaca Al-Fatihah buat roh mereka.

BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Anak Persis Mangsa Perang Palestin, Kim Kardashian Teruk Dikecam Warganet

Topic Berkaitan
Must-Watch Video