,
Laman Utama

27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

Maliah Surip
23/11/2023
03:54 MYT
Di sebalik polemik yang tercetus sebelum siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, konsert Coldplay berjalan lancar dan aman malam tadi.
Martin bersama anggota kumpulannya Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membenarkan mereka melakukan konsert selepas 27 tahun penantian.
“Malaysia anda sangat indah. Coldplay berterima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak juga peminat kerana menerima kami di sini.
“Akhirnya setelah 27 tahun Coldplay di Malaysia,” ucapnya sambil disambut sorakan gemuruh peminat.

BERITA TRENDING: Ramai Puas Hati Dengan Coldplay! Ewah, Chris Martin Siap Berpantun! - “Pergi Kedai Membeli...

Vokalis tersebut kemudian mengatakan ingin kembali ke Malaysia segera jika diizinkan.
“Kami sangat ingin kembali ke Malaysia segera,” katanya yang terus disambut sorak sorai penonton.
Meski hujan turun hampir sepanjang konsert, Coldplay profesional dan rileks menghabiskan konsert dengan menghidangkan lagu-lagu hebat mereka seperti Yellow, Paradise, Fix You, A Sky Full Of Stars, Biutiful dan People of The Pride yang terdapat dalam album Music Of The Spheres.
Martin juga secara spontan mencipta lagu ‘Hujan Di KL’ dan menyifatkan konsert di Malaysia sebagai antara persinggahan siri jelajah yang terbaik.
Konsert di Malaysia juga menjadi persembahan terakhir Coldplay untuk tahun ini sebelum menyambung siri jelajah Music Of The Spheres World Tour di Singapura pada Januari 2024.

PILIHAN PEMBACA: Pertahankan Konsert Coldplay, Individu Dikritik Warganet Di Platform X - “Haram Tetap Haram” PILIHAN PEMBACA: Ramai Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan, Ramli MS - “Yang Suruh Cancel Orang Yang Tak Beli...

Foto: X, Azyan Syazwani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.