,
Laman Utama

2 Tahun Berjauhan Dengan Keluarga, Awi Rafael Emosi Tulis Lagu Raya

Syafiqah Jalal
05/05/2021
07:20 MYT
Penyanyi dan komposer, Awi Rafael akui emosi ketika menulis lagu raya pertamanya berjudul Irama Aidilfitri yang telah pun dilancarkan minggu lalu.
Menurut Awi, dia tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kerana rindukan keluarga yang jauh di Singapura selepas dua tahun tidak bertemu.
“Saya rasa bukan saya sahaja tapi ramai yang senasib dengan saya apabila Raya ini merupakan tahun kedua tidak dapat meraikan bersama keluarga.
“Tipulah kalau saya kata tak sedih tapi saya perlu fikir juga, saya di sini mencari rezeki. Jika saya pulang ke Singapura belum tentu pula boleh kembali ke sini dengan situasi pandemik sekarang.
“Ini lagu raya pertama saya dan saya cuba untuk melakukannya yang terbaik. Lagu ini membangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang.
“Saya berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga seperti pada tahun lalu,” katanya.
Lagu dan video muzik Irama Aidilfitri adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat tempatan Newsantara.
Selain Awi sendiri, lagu dan video muzik itu menggabungkan barisan penyanyi tempatan Ning Baizura, Ismail Izzani, Tiz Zaqyah, Julia Farhana Marin dan Bunga Isme. Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB dan juga Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB turut meriahkan video muzik ini.
Awi yang juga Pengasas Newsantara, berkata kolaborasi itu merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik.
“HABIB dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif.
“Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB,” katanya lagi.
Irama Aidilfitri diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 April 2021. Video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels bermula 27 April 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.