Berita
2 Bulan Tak Muncul Di Khalayak Umum, Ada Saksi Dakwa Kate Middleton Nampak ‘Sihat & Ceria’?
Princess of Wales, Kate Middleton dilihat ‘sihat dan gembira’ sepertimana dakwaan seorang saksi selepas pelbagai spekulasi yang timbul.
Menurut saksi, Kate dan William dilihat berada di salah satu lokasi kegemaran mereka di Windsor pada Sabtu lalu bersama-sama tiga anak mereka George, 10, Charlotte, 8, dan Louis, 5, yang mengambil bahagian dalam acara sukan.
BERITA TRENDING: Di Mana Kate Middleton?
“Selepas semua khabar angin yang tersebar, saya terperanjat apabila nampak mereka di sana. Kate pergi keluar membeli-belah bersama William, dia nampak sihat dan gembira.“Anak-anak tidak ada bersama mereka, tetapi ia satu petanda baik kerana Kate sudah cukup sihat untuk pergi membeli-belah,” kata saksi.
Bagaimanapun, tiada sebarang gambar pasangan diraja itu dirakamkan atas permintaan peribadi.
Kemunculan semula Kate seperti yang didakwa saksi itu sedikit sebanyak menjawab pertanyaan orang ramai tentang keadaan kesihatannya yang menjadi spekulasi pelbagai pihak.
Susulan kemunculannya itu, Kate difahamkan bakal mengambil semula tugas diraja selepas 17 April. Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa Kate mungkin akan kembali lebih awal.
Sekadar info, pelbagai konspirasi tentang Kate timbul selepas dirinya tidak membuat kemunculan di khalayak umum selama dua bulan.
Pada 17 Januari lalu, publisiti Diraja melaporkan Kate telah menjalani pembedahan abdomen dan tidak akan menjalankan tugas diraja sehingga selepas perayaan Easter.
Oleh sebab itu, perkara tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila ada yang mempersoalkan sama ada pembedahan yang dilalui oleh Kate sangat serius sehingga memerlukan tempoh tiga bulan untuk sembuh.
Dalam pada itu, ramai juga yang merasakan bahawa Istana menyembunyikan sesuatu sehingga ada khabar angin yang mendakwa bahawa Kate sedang berada di dalam keadaan koma.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video