Berita
150 Pelatih Sukarela Lapor Diri Latihan Percubaan PLKN 3.0
Sebanyak 150 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan.
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
Proses pendaftaran bermula pada 7 hingga 11 pagi dan berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.
Kesemua pelatih bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan hingga 25 Feb ini.
Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia, selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.
Sumber: BERNAMA
BERITA TRENDING: Muncul Di Khalayak Selepas Isu Bodohkan Penjual Air Teh, Gus Miftah Berdoa: “Ampuni Dosa Mereka Yang Kecam & Buli Saya Ya Allah”
BERITA TRENDING: Dituduh Berlagak Bertutur Dalam Bahasa Inggeris, Shahida Tampil Pertahankan Qadejah - “Tak Perlulah Anda Suruh Dia…”
BERITA TRENDING: Tak Bercinta Dengan Nelissa Nizam, Hariz Hamdan Sengaja Cetus Spekulasi Untuk Promosi Filem - “Kami Yakin Orang Ramai Akan…”
BERITA TRENDING: Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun
Must-Watch Video