HIBURAN
14 Tahun Berkawan, Anas Zahrin Jawab Tuduhan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Untuk Gimik - “Yes, I Do Love Her…”
Usahawan, Anas Zahrin membidas kenyataan netizen yang menyatakan bahawa hubungannya bersama Cik Epal adalah gimik pelancaran produk semata-mata.
Jelas Anas, dia tidak perlu membuat sebarang gimik untuk menjual produknya malah dia boleh menjualnya sendiri menerusi platform TikTok.
“Cik Epal dengan Anas ni kalau gimik semata-mata nak launch produk, sumpah eh pasni aku nak block semua tak nak amik tahu dah. Jangan eh bagi harapan tak baik. Kita dah tak sabar nak tengok Cik Epal diratukan dengan lelaki yang selayaknya,” tulis netizen.
“Saya tak ada nak launch apa-apa dengan dia untuk waktu terdekat, kalau nak launch lama dari awal dah, saya boleh je live jual sendiri. 14 tahun kami kawan yes, i do love her,” balas Anas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta orang ramai untuk menghormati privasi Anas dan Cik Epal.
“Noh berianya, so they need to marry each other to fufill your social media desire? Lek kita bukan tuhan.
“Anas memang baik dengan semua kawan dia, tak payah kenen-kenen kalau jodoh dia orang tak kemana.
“Guys just hormat je privacy Cik Epal. Dont rush things, jangan terlampau berharap jodoh dengan korang pilih tu nanti kalau tak jadi kecewa.
“Ler why nak atur-atur hidup orang, diorang ni member-member baik, Anas tu tak ada Cik Epal pun dia jual produk laris,” komen netizen.
Must-Watch Video