Hiburan
13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun
Penyanyi Zee Avi telah mencipta sejarah peribadi melalui lagu-lagu seperti Kantoi, Bitter Heart, dan Concrete Wall, yang membanggakan industri muzik tempatan. Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
BERITA TRENDING: Hampir 'Pekak', Zee Avi Pakai Alat Bantuan Pendengaran 13 Jam Sehari - "Bila Tak Pakai Rasa Sunyi Sangat Dunia"
Album terbarunya yang akan datang ini juga akan dilancarkan bersama band barunya, Zee Avi And The Good Things, yang terdiri daripada pemuzik tempatan.Kata Zee Avi, album kali ini lebih matang dan lebih bebas dalam berkarya.
“Hampir 13 tahun sejak album terakhir saya, Ghostbird dipasarkan, saya kini mempersiapkan album ketiga ya.
“Ya, album penuh dengan sekitar 10 hingga 11 buah lagu. Dan berbeza lagi, saya kini bergerak secara indipendent. Jadi saya lebih bebas berkarya dan bebas untuk sempurnakan album ini.
“Malah muzik album kali ini lebih mencerminkan kematangan berkarya saya dan dengan sentuhan band saya, Zee Avi And The Good Things.
“Zee Avi And The Good Things terdiri daripada saya, Raja Farouk (bass), Jude Macson (gitar), Yuswa Ansari (bass) dan AKZ (pengarah muzik serta drum/perkusi).
“Tentu sahaja production dan sound di album ini lebih fresh tapi personal dan yang paling best, semua pemuzik dari Malaysia,” umum Zee Avi penuh bangga.
BERITA TRENDING: “Rindu Nak Tengok Orang Menyanyi Bersama Dengan Bebas”- Zee Avi Nak Buat Konsert ‘Sebenar’!
Single Oyasumi Na Sayang
Selain itu, Zee Avi telah melancarkan single baru bertajuk Oyasumi Na Sayang yang merupakan kolaborasi bersama band Jepun, MuchaMuchaM. Single ini unik kerana dihasilkan dalam dua bahasa, Melayu dan Jepun, dan pembikinannya dilakukan secara maya.“Oyasumi Na Sayang adalah kolaborasi saya bersama band MuchaMuchaM Jepun dan dihasilkan dalam bahasa Melayu dan Jepun.
“Pembikinan lagu ini juga sangat unik kerana semuanya dilakukan secara maya. Mereka berada di Jepun manakala saya pula di Malaysia. Proses kreatifnya bermula dengan karya atau komposisi lagu tanpa melodi dan lirik dari mereka. Kemudian saya menyumbangkan melodi dan lirik dalam bahasa Melayu. Dan mereka terima, Alhamdulillah,” ujar Zee.
Terdapat dua versi Oyasumi Na Sayang, iaitu versi MuchaMuchaM dan versi disko yang akan dilancarkan tidak lama lagi oleh Zee Avi And The Good Things. Sementara menunggu versi disko, peminat sudah boleh mendengar versi MMM di platform penstriman.
“Saya dan MuchaMuchaM pun baru rilis EP yang menampilkan tiga buah lagu dengan dua lagu original dan satu cover yang menyaksikan saya menyanyi dalam Bahasa Jepun,” katanya penuh teruja.
Axean Festival, Kuching Jazz Fest & Fourtwenty
Zee Avi juga aktif membuat persembahan di festival besar, akan datang di Axean Festival dan Kuching Jazz Fest.“Saya secara peribadi sangat teruja untuk membuat persembahan di Axean Festival dan Kuching Jazz Fest kerana ini akan menjadi panggung perdana buat saya muncul bersama Zee Avi and The Good Things.
“Saya juga tidak sabar untuk kongsikan sound baru kami,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Zee Avi Jawab Dakwaan Sorok Majlis Kahwin - "Ketika Masih Berbaju Nikah, Saya Perasan Notifikasi ..."
BERITA TRENDING: Zee Avi Kahwini Jejaka Jepun
Lebih menarik, Zee Avi juga berpeluang berkolaborasi dengan band Indonesia, Fourtwnty, dalam persembahan di masa terdekat. Dia berasa kagum dengan etika kerja dan penghormatan Fourtwnty terhadap kesenian.“Saya menerima emel dari pihak management mereka dan tentu sahaja saya terus dengan besar hati menerima peluang yang sangat istimewa dan unik ini.
“Sebagai seorang anak seni, saya memang gemar berkolaborasi dengan artis-artis dari luar Malaysia, mahupun jauh ataupun jiran.
“Saya baru dijemput oleh Fourtwnty untuk sesi latihan bersama mereka di Jakarta dan saya sangat kagum dengan etika kerja mereka dan team mereka.
“Banyak yang boleh dipelajari dari saudara-saudara kita di Indonesia, terutamanya dalam industri muzik mereka, filosofi mereka, dan juga penghormatan mereka terhadap kesenian yang direka dan penghormatan mereka terhadap komuniti mereka,” katanya kagum.
Selain seni muzik, Zee Avi juga terlibat dalam aktiviti amal, seperti kutipan dana untuk kanak-kanak di Gaza melalui kerjasama dengan Mercy Malaysia. Dia terbuka untuk terus memberi sumbangan kepada komuniti Malaysia.
Suami penyokong utama
Di samping itu, Zee Avi bersyukur kerana suaminya, Kenji Matano, sentiasa menjadi penyokong terbesar dalam perjalanan seninya. Sokongan suaminya memberi keyakinan kepada Zee Avi untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia seni.“Dia adalah penyokong terkuat dan terbesar saya. Sentiasa memberi sokongan yang positif kepada saya, terutama jika saya ada rasa keraguan terhadap keyakinan diri saya.
“Dan saya rasa, ini semua adalah mungkin lebih penting bagi saya untuk teruskan perjalanan seni ini,” kata Zee Avi optimis dengan sokongan yang diberikan kepada dirinya.
Must-Watch Video