gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kongsi Foto Ilustrasi Aneh & Gambar IG Jadi Hitam, Peminat Bimbang Dengan Lee Zi Jia - “Saya Doa Pada Tuhan Agar…”
HIBURAN
Adam Lee Hanya Ada Seminggu Untuk Dalami Watak Taufiq Dalam ’Di Sebalik Reda’ - “Saya Memahami & Mengenali…”
VIRAL
"Saya Cemburu Tengok Lelaki Pandai Masak" - Hafiz Mahamad Cuba-Cuba Buat Pizza, Tak Sangka Feedback Cakap Sedap!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

13 Tahun Dipaksa Cegah Hamil, Britney Spears Umum Kini Berbadan Dua!

Amri Hassan
Amri Hassan
11/04/2022
22:51 MYT
Sponsor Banner
13 Tahun Dipaksa Cegah Hamil, Britney Spears Umum Kini Berbadan Dua!
Bintang pop tersohor, Britney Spears mengumumkan dirinya kini hamil anak ketiga.
Britney, 40, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Isnin.
"Pada mulanya saya fikir apa dah jadi pada perut saya? Suami kata saya 'hamilkan' makanan! Jadi saya lakukan ujian kehamilan dan ya, saya kini hamil," tulisnya.
Tambah Britney, dia akan mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelakkan depresi ketika hamil.
"Sudah tentunya saya akan kurangkan berada di luar rumah bagi mengelakkan paparazi mengaut untung dengan membidik foto saya. Walaupun mereka sudah berada di sini.
"Ia sukar bagi saya kerana setiap kali hamil saya akan mengalami depresi dan ia sangat teruk," tambahnya.
Ini merupakan kehamilan sulung Britney bersama pasangannya, Sam Asghari, 28.
Sebelum ini, Britney mempunyai dua cahaya mata Sean Preston, 16, dan Jayden James, 15, bersama bekas suaminya, Keven Federline.
Pada November tahun lalu, Britney telah dibebaskan daripada kongkongan bapanya selama 13 tahun termasuk halangan mempunyai hubungan peribadi dan memasang alat cegah hamil.
BACA: Gagal Lepaskan Diri Dari Kawalan Bapa, Britney Spears & Sam Asghari Segera Kahwin
BACA: Bebas Daripada Pengawasan Bapa, Britney Spears Boleh Jaga Harta RM250 Juta Sendiri
BACA: Britney Spears Umum Tunang, Bakal Kahwin Kali Ketiga
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Hollywood
#Britney Spears
#Hamil
#Pregnant
#Sam Asghari
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement