Gaya Hidup
"12 Hari Berpisah, Ummi & Abuya Rindu Sangat" - Ainan Tasneem Tak Bawa Anak & 'Off' Sosial Media Untuk Tumpu Pada Ibadah
Setelah 12 hari terpisah kerana mengerjakan Umrah, Ainan Tasneem gembira bersama anaknya kembali, apatah lagi anaknya tidak pernah berpisah lama dengannya.
"Kalau nak tau, Ainan memang tak pernah tinggalkan dia lama-lama macam ni. Sebab Ainan housewife kan, memang jaga Salsabiela setiap hari dan setiap masa.
"So struggle jugak la time nak tinggalkan dia lama-lama sebab nak pergi umrah ni, tapi memang yakin sebab tahu Allah sentiasa jaga dia," tulis Ainan pada video IGTV di Instagramnya.
Menurut Ainan dia terpaksa meninggalkan anaknya itu kerana belum bersedia untuk membawanya ke sana, dan dia juga ingin betul-betul fokus pada ibadah umrah.
Ainan yang berangkat menunaikan Umrah pada 8 Februari lalu dan kembali ke tanah air pada hari ini (20 Februari) turut menghidarkan dirinya daripada media sosial.
"Segala sharing atau posting berkaitan umrah pun Ainan akan post selepas pulang nanti, InshaaAllah," tulis Ainan.
Must-Watch Video