,
Hiburan

"100 Pasang Baju Raya? I Dont Do That" - Sazzy Falak Enggan Membazir, Selesa Pakai Baju Raya Lama

Hanafis Haris
21/05/2019
11:09 MYT
Pelakon Sazzy Falak mengambil pendekatan untuk mengitar semula baju raya lamanya bagi mengelakkan pembaziran sepanjang menyambut Aidilfitri.
Sazzy menjelaskan, tiada sebab untuk dirinya membeli sehingga 100 pasang baju raya semata-mata untuk tampil cantik di khalayak ramai.
Menurutnya, sambutan raya harus digunakan sebaik mungkin untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan bukannya terlalu memikirkan jumlah baju raya.
"I dont do that! Saya tidak berbelanja besar untuk baju raya sebaliknya saya selalu nasihat orang ramai supaya kitar semula baju mereka.
"Buat apa nak baju banyak-banyak kalau baju lama masih cantik," katanya.
Menurutnya, orang ramai tidak akan mengetahui baju yang dipakai itu adalah koleksi lama jika kita pandai menggayakannya kembali.
"Saya selalu je pakai baju lama, ada you guys perasan? Tak ada kan? Jadi tidak perlulah membazir beli baju raya banyak-banyak.
"Apa ertinya Ramadan dan Syawal ini jika kita membazir. Sama juga la dengan buffet, saya makan di rumah je sebab i dont do buffet," katanya ketika ditemui pada majlis iftar bersama anak yatim dan ulangtahun ke-10 Celepets di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Hiburan

Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!

gempak
16/04/2024
07:00 MYT
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Hiburan

"Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

gempak
14/04/2024
12:55 MYT
Momen pelakon Bella Astillah beraya di kediaman ahli politik Syed Saddiq pada Ahad mencuri tumpuan ramai.