,
Laman Utama

10 Tahun Jadi Pramugara Buat Anuar Zain Lebih Sabar & Cekal - “Saya Pernah Terfikir Untuk Tidak Mahu…”

Asyikin Mayudin
10/07/2023
07:50 MYT
Penyanyi Anuar Zain mendedahkan dia pernah terfikir untuk tidak lagi mahu meneruskan karier sebagai seorang penyanyi kerana menganggap kerjaya itu sukar bertahan lama.
Berkongsi mengenai perkara itu, Anuar memberitahu dia terpaksa melupakan cintanya terhadap bidang nyanyian selama 10 tahun dan beralih kerjaya sebagai pramugara.
"Masa saya kecil macam-macam perkara yang perlu saya lakukan sebagai penyanyi dan ada di antaranya membuatkan saya kurang selesa.
"Atas sebab itu juga saya pernah terfikir untuk tidak mahu meneruskan karier sebagai penyanyi... apatah lagi bila dengar orang berkata penyanyi lelaki sukar bertahan lama.
"Disebabkan itu saya lupakan cinta terhadap bidang nyanyian buat sementara dan beri tumpuan kepada kerjaya sebagai pramugara selama 10 tahun," katanya kepada Gempak.
Pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang bertugas di awan biru, Anuar menganggap ia sebagai satu latihan untuk dia menjadi seorang yang penyabar sebelum kembali ke dunia nyanyian.
"Banyak cabaran saya lalui sepanjang bergelar pramugara. Rupa-rupanya Allah nak beri saya latihan menjadi seorang penyabar dan cekal sebelum kembali sebagai penyanyi.
"Mujurlah saya seorang penyabar dan sentiasa mahu berikan perkhidmatan terbaik untuk penumpang. Banyak kenangan manis dilalui sepanjang menjadi pramugara.
"Malah saya sendiri tak sangka akan mengadakan konsert solo bersempena 40 tahun penglibatan sebagai anak seni. Semuanya yang berlaku adalah ketentuan Allah," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanda Penghargaan Buat Peminat, Konsert Anuar Zain Bakal Imbau Perjalanan 40 Tahun Dalam Industri - “Sudah Tentu Saya Menyasarkan…”
Anuar bakal tampil dengan konsert Ulang Tahun 40 Anuar Zain (AZ40) bagi meraikan pembabitannya dalam dunia seni pada 28 Oktober depan.
Konsert AZ40 dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dan tiket akan mula dijual di www.jiotix.asia bermula 12 Julai ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.