,
Laman Utama

10 Tahun Bersama, Raysha, Nabil Baru Sekali Putus Cinta - "4 Bulan Jer, Semuanya Sebab ..."

Amri Hassan
29/09/2022
07:55 MYT
Diam tak diam, sudah 10 tahun pelakon Raysha Rizrose dan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jefri menyulam cinta.
Kata Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 26, dalam tempoh 10 tahun itu, baru sekali hubungan mereka retak namun berjaya dijernihkan semula selepas empat bulan.
"Biasalah kalau hubungan jarak jauh, akan ada perasaan cemburu dan sebagainya. Disebabkan itulah, hubungan kami terpisah seketika. Pada saat itu saya dah fikir nak move on, tapi tiba-tiba dia datang balik pujuk saya," katanya kepada Gempak.
Raysha yang juga Juara Dewi Remaja 2015 ini membuat penampilan pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman dan Ruzaini, sekali gus memperkenalkannya sebagai 'muse' untuk rekaan.
Disebabkan tempoh itu juga, Raysha memberitahu mereka sudah punyai perancangan ke arah gerbang perkahwinan.
"Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami jalani hubungan jarak jauh, masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku.
"Sebenarnya untuk fasa ini, Nabil sudah bersedia (berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya. Kalau nak diikutkan kakak saya (Uqasha) pun baru kahwin.
"Apapun, pada umur sekarang semestinya kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi," ujarnya.
Ditanya juga cabaran dilaluinya dalam mempertahankan hubungan dibina, Raysha berkata dia dan Nabil menjalani hubungan cinta jarak jauh kerana tuntutan karier kekasihnya itu yang lebih banyak berada di luar negara sebagai pelumba kereta.
"Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya. Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk.
"Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi," katanya mengakui belum dirisik oleh buah hatinya itu.
Raysha bagaimanapun akui, lebih selesa untuk mengadakan majlis raja sehari yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikan momen indah bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar