,
Berita

10 Sebab Mengapa AME2020 Jadi Anugerah Paling Epik Dalam Sejarah Yang Tak Boleh Dilepaskan

Maliah Surip
19/12/2020
03:25 MYT
Bahang Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang dijadual berlangsung pada 20 Disember bermula pukul 9 malam semakin terasa. Lebih mengujakan, ini menjadi tahun dengan momen yang sangat bersejarah apabila anugerah ini akan berlangsung dalam norma baharu berikutan pandemik Covid 19.
Mengangkat tema Yang Epik, Yang Legend, ia sangat signifikan dengan penganugerahan yang dijalankan pada tahun ini.
Berikut 10 sebab mengapa AME2020 jadi anugerah Paling Epik dalam sejarah yang tak boleh dilepaskan.
1. AME 2020 sepatutnya telah berlangsung 8 bulan yang lalu. Namun ia tertunda kerana bukan saja negara tetapi dunia dilanda pandemik Covid 19. Pihak Astro dan produksi secara peribadi tidak ingin meneruskan anugerah ini sehingga mendapat 'lampu hijau'.
2. AME 2020 yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) menjadi program pertama yang ditayangkan dalam bentuk 4K UHD. Wow power!
3. Semua undian yang dilakukan oleh peminat akan diserahkan kepada barisan frontliners. Terbaik inisiatif ini!
4. Bukan 1 tapi ada 2 anugerah khas yang akan diumumkan nanti. Apakah itu? Tunggu!
5. Ada kategori baharu yang diperkenalkan AME pada tahun ini.
6. Sejarah tercipta apabila pihak produksi bersetuju menukar hos AME 2020 yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu Alif Satar yang digantikan oleh Zizan Razak. Ini tidak pernah terjadi dalam mana mana sejarah penerbitan program anugerah sebelum ini.
7. Ada persembahan yang tidak pernah disaksikan lagi dalam mana mana persembahan oleh penonton sebelum ini.
8. Tiga hos bergabung iaitu Jihan, Nabil dan Zizan yang diketahui memang mampu memancing hati peminat.
9. Walaupun AME 2020 tetap dijalankan, namun semua langkah penerapan SOP seperti social distancing, memakai pelitup muka, penjagaan rapi para tetamu akan menjadi keutamaan. Safety first!
10. Apa lagi kejutan? Tunggu malam AME 2020 pada 20 Disember 2020 ini!
AME2020 bakal berlangsung 20 Disember ini akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Bagi rakaman acara Karpet Merah AME2020 yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.
Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, AME 2020 turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, AME 2020 turut boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.
Laman Utama

“Semoga Anwar Ibrahim Pandang Kesengsaraan Rakyat Yang Menjadi Mangsa Ujikaji Vaksin” - Rita Rudaini

gempak
05/01/2023
06:00 MYT
Semoga yang terbaik untuk Malaysia
Laman Utama

Novelis Popular Siti Rosmizah Positif COVID-19, Kini Kritikal Di ICU

gempak
01/01/2023
07:00 MYT
Semoga diberikan kesembuhan