Berita

10 Negeri Terjejas Banjir, Lebih 147,000 Mangsa Ditempatkan Di 676 PPS

gempak
Gempak
01/12/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
10 Negeri Terjejas Banjir, Lebih 147,000 Mangsa Ditempatkan Di 676 PPS
Jumlah mangsa banjir di 10 negeri kini berjumlah 147,162 orang daripada 44,182 keluarga yang ditempatkan di 676 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 10 negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Melaka, dan Johor, membabitkan 39 daerah.
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 263 PPS diaktifkan untuk menempatkan 93,763 orang daripada 29,135 keluarga yang terjejas di sembilan daerah.
Terengganu pula membuka 294 PPS di lapan daerah, menempatkan 40,019 mangsa daripada 10,983 keluarga. Di Negeri Sembilan, sembilan PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,617 mangsa daripada 439 keluarga.
Di Kedah, 57 PPS di tujuh daerah menempatkan 9,202 mangsa daripada 2,848 keluarga.
Selangor membuka satu PPS di satu daerah yang menempatkan 12 mangsa daripada empat keluarga. Di Perlis, dua PPS di dua daerah menempatkan 363 mangsa daripada 113 keluarga.
Keadaan banjir di Johor pula merekodkan 753 mangsa daripada 202 keluarga yang ditempatkan di 20 PPS di tiga daerah.
Di Melaka, empat PPS diaktifkan untuk menempatkan 238 mangsa daripada 57 keluarga di tiga daerah.
Pahang yang mula dibadai hujan lebat dan banjir kini menempatkan 1,152 mangsa daripada 389 keluarga di 25 PPS di tiga daerah.
Perak kembali membuka satu PPS di sebuah daerah membabitkan 43 mangsa daripada 12 keluarga.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024