gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zul Ariffin Dah ‘Bangkit Dari Tidur’, Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 15 Kilogram - “Tetapi Saya Belum Selesai…”
VIRAL
Mekyun Tampil Bersuara Mengenai Isu Ibadah Korban - “Sembelihan Itu Ikut Sunah Bukan Secara Kejam”
VIRAL
Cuci Perut Lembu Korban Di Sungai, Netizen Berdebat… Ada Yang Kata Rosakkan Ekosistem, Ramai Pertahan Kata Tiada Masalah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
SUKAN

Lepas Tewaskan Garuda, Harimau Malaya Balik Hotel Naik Barracuda!

gempak
Fiza Kamarudin
06/09/2019
03:05 MYT
Sponsor Banner
Lepas Tewaskan Garuda, Harimau Malaya Balik Hotel Naik Barracuda!
Skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis Barracuda milik pihak berkuasa Indonesia keluar dari stadium bagi memastikan keselamatan mereka.
Ia susulan kekecohan selepas skuad Harimau Malaya berjaya membenam Garuda 3-2 dalam aksi sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta pada Khamis malam.
Menurut Bernama, kesemua 24 pemain skuad kendalian jurulatih Cheng Hoe serta pegawai pasukan negara diiring menaiki lima buah kereta perisai Barracuda. Malah, sebuah bas juga digunakan bagi mengalih perhatian perusuh.
Penyokong Malaysia pula difahamkan terpaksa menunggu lebih 2 jam di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel masing masing.
Sementara itu menurut laporan Astro Awani seorang penyokong Malaysia disahkan mengalami kecederaan akibat insiden serangan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam Khamis.
Berita Harian pula melaporkan dua cedera, di mana salah seorang mengalami patah tangan dipercayai akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada kekecohan provokasi penonton tuan rumah.
Seorang lagi pula cedera di kepala dan belakang akibat terkena objek yang dibaling penyokong Indonesia.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa penyokong skuad Garuda membaling objek keras termasuk besi dan suar ke arah penyokong Malaysia ketika perlawanan sedang berlangsung.
Provokasi ke atas penyokong Malaysia berlaku sebelum perlawanan lagi apabila beberapa video rakyat Malaysia dibaling batu, tular di laman sosial.
Susulan insiden tersebut, Syed Saddiq dalam pada itu menegaskan menuntut bela dengan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatnya di sana.
Topic Berkaitan
#Harimau Malaya
#Barracuda
#Kelayakan Piala Dunia
Must-Watch Video