HIBURAN
SINAR Tawar Pakej Umrah Menerusi Hajatku Di Sinar
Jenama radio SINAR memberi peluang kepada peminat-peminatnya untuk menunaikan ibadah Umrah melalui Hajatku Di Sinar.
Pakej Umrah Hajatku Di Sinar direalisasikan oleh Jus Nusantara Gold keluaran Almas Beauty & Health Sdn Bhd dan dan akan dihadiahkan kepada dua pemenang yang berjaya. Setiap pemenang akan menerima sepasang pakej mengerjakan Umrah.
Bermula sekarang sehingga 17 Mac 2019, peminat-peminat SINAR perlu berkongsi cerita, pengalaman dan kisah pengajaran yang telah dilalui, lantas memberi manfaat dan dijadikan pedoman di dalam kehidupan.
Caranya mudah sahaja! Peminat-peminat SINAR yang ingin menyertai Hajatku Di Sinar boleh memuat naik kisah dan pengalaman mereka ke laman web SINAR, sinar.my.
Lima penyertaan Hajatku Di Sinar akan disenarai pendek untuk ke peringkat akhir berdasarkan penceritaan dan kisah yang menarik untuk ke peringkat akhir.
Di peringkat akhir, finalis yang disenarai pendek akan dijemput menghadiri malam penentuan Hajatku Di Sinar yang akan diadili oleh Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Imam Muda Asyraf selaku juri di malam penentuan yang akan berlangsung pada 22 Mac 2019 di Astro, Bukit Jalil.
Acara ini juga akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook SINAR bermula 8 malam.
Kepada anda di luar sana yang berhajat ingin menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Makkah, hantarkan penyertaan anda sekarang!
Must-Watch Video