gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Adira Betulkan Salah Faham Isu Sangkar Kucing Sempit - "Saya Tidaklah Kejam..."
HIBURAN
Ulas Isu Husband Provider, Intan Najuwa; "Sebelum Kahwin, Saya Dan Suami ..."
HIBURAN
Sekolah Saran Belajar Sambil Menjerit & Menari Untuk Cerdaskan Minda
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Sesiapapun Kita, Dakwah Itu Wajib" - PU Riz Perjelas Isu 'Ustaz Instant'

Asraf Aided
Asraf Aided
04/11/2019
06:59 MYT
Sponsor Banner
"Sesiapapun Kita, Dakwah Itu Wajib" - PU Riz Perjelas Isu 'Ustaz Instant'
Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tampil memberi respon terhadap isu 'ustaz instant' dilabel oleh sesetengah netizen terhadap pendakwah yang lahir dari program televisyen.
Menurut Riz, kebanyakkan peserta yang menyertai program keagamaan telahpun mempunyai asas dalam bidang agama.
Riz juga berpendapat perkataan 'ustaz instant' lebih tepat jika digantikan dengan 'ustaz cepat famous'.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Ustaz instant? Meh baca ini, this is my definition of ustaz instant, it's more to 'ustaz cepat famous' disebabkan platform televisyen.
"Sesiapa pun kita, dakwah itu wajib, bukan sunnah," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri itu, Riz berkongsi beberapa foto paparan skrin dari kenyataan yang ditulis berkenaan isu itu di laman Twitter.
"Baik secara ringkasnya semua peserta yang masuk PU hampir 95% ada basic agama, apa maksud basic agama?
"Dia ada kelulusan dalam bidang agama, fikh, hadith atau sewaktu dengannya.
"Kesimpulannya, perkataan ustaz instant harus difahamkan sebetulnya, ia lebih kepada ustaz cepat famous kerana mereka sudah lama berdakwah, program TV hanyalah satu platform," tulisnya.
View this post on Instagram
Ustaz instant? Meh baca ini ?? This is my definition of ustaz instant Its more to like ‘ustaz cepat famous’ Because of tv platform ?? ?? Whoever you are dakwah is Wajib not sunnah Its just how you do it
A post shared by RIS ISMAIL (@pu.riz) on Nov 1, 2019 at 5:00pm PDT
Selain bergelar pendakwah, Riz juga berkecimpung dalam industri hiburan sebagai pelakon selepas penyertaannya dalam program Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016.
Topic Berkaitan
#PU Riz
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement