gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
ERA Cipta Sejarah Sebagai Radio Malaysia Pertama Bersiaran Dari Stadium Old Trafford
HIBURAN
Zul Ariffin Dah ‘Bangkit Dari Tidur’, Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 15 Kilogram - “Tetapi Saya Belum Selesai…”
VIRAL
Mekyun Tampil Bersuara Mengenai Isu Ibadah Korban - “Sembelihan Itu Ikut Sunah Bukan Secara Kejam”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Semua Orang Buat Salah" - Ini Pesan Mas Khan Kepada Fazreen Fazera...

gempak
Kamaruddin Razal
19/02/2019
14:40 MYT
Sponsor Banner
"Semua Orang Buat Salah" - Ini Pesan Mas Khan Kepada Fazreen Fazera...
Rupanya, sudah empat tahun pelakon Mas Khan menjalinkan hubungan istimewa dengan pendatang baru dalam dunia hiburan, Fazreen Fazera.
Pernah muncul dalam program Dewi Remaja, Fazreen terpalit dengan isu penyebaran video di kelab malam yang berlaku pada Januari lalu bersama dua lagi temannya, Haneesya Hanee dan Ernisha.
Perkara tersebut menyebabkan Fazreen telah menerima kecaman netizen di dia juga dilarang untuk menggunakan gelaran sebagai finalis Dewi Remaja 2018/2019.
Sebagai teman lelaki, apa kata Mas mengenai perkara ini?
"Bagi saya, dia masih muda. Perjalanan masih panjang lagi. Semua orang buat salah. Semua yang ada dalam video itu saya kenal dan sudah saya anggap seperti adik sendiri.
"Apa yang penting, perkara pertama yang dia harus lakukan ialah memohon maaf kepada ibu bapanya. Salahnya adalah terletak kepada diri sendiri... Tak boleh salahkan kawan-kawan kerana semuanya berbalik kepada diri sendiri," kata Mas.
Saling mengenali keluarga masing-masing, Mas memberikan sokongan terhadap Fazreen untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.
"Saya mengenali famili Fazreen dan dia juga mengenali keluarga saya, kami tak pernah sorokkan apa-apa. Memang ada perancangan untuk berkahwin tetapi masanya masih belum tiba.
"Kami harus berbincang dengan keluarga dan buat masa ini, biarlah masing-masing memberikan fokus kepada kerjaya.
"Saya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Fazreen untuk menceburkan diri dalam bidang seni kerana dia mempunyai potensi untuk terbang tinggi," kata Mas ketika ditemui di majlis tayangan filem Misteri Dilaila.
Menerusi filem arahan Syafiq Yusof ini, Mas memegang watak sebagai Jefri.
"Saya memegang watak Jefri, adik kepada Dilaila lakonan Elizabeth Tan. Saya rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan Syafiq dan saya berharap filem ini dapat diterima rama," katanya lagi.
Misteri Dilaila yang turut menampilkan lakonan hebat Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri dan ramai lagi ini bakal ditayangkan bermula 21 Februari.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Mas Khan
Must-Watch Video