HIBURAN
"Semoga Pengakhiran Yang Baik ..." - Touchingnya Ucapan Hari Jadi Jep
Selepas dihujani pelbagai ucapan daripada kenalan dan rakan seperjuangan dalam industri hiburan sempena hari jadi, Jep Sepahtu akhirnya membalas apresiasi tersebut menerusi sepotong video.
Selain berterima kasih, Jep dalam ucapan bertulis ringkasnya berharap diberikan 'pengakhiran' yang baik buat semua.
"Terima kasih di atas ingatan, ucapan dan doa yang baik-baik di hari ulang tahun kelahiran saya.
"Maaf tak dapat nak reply satu-satu. Doa yang baik-baik itu saya aminkan dan berharap yang baik-baik itu semua kembali semula kepada anda.
"Semoga pengakhiran yang baik dengan cintaNya," tulisnya bersama sepotong video di Instagram.
Dalam video berkenaan Jep turut menyanyikan sepotong lagu Aku Tanpa CintaMu (nyanyian asal Mirwana feat Jay Jay).
Sementara itu, isteri Jep, Sari Yanti turut memuat naik sekeping foto Jep di akaun Instagramnya bersama ucapan manis serba ringkas.
"Happy birthday Sayang. #satugambarkurus," tulis Sari Yanti.
Jep dilahirkan pada 9 April 1985 dan di kesempatan ini Gempak ingin mengucapkan selamat hari jadi ke-34 buat Jep! Moga bahagia selalu.
Must-Watch Video