HIBURAN
"Selekehnya You Dengan Seluar Koyak" - Netizen Tak Puas Hati Dengan Penampilan Kamal Adli
Foto terbaru yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara Kamal Adli di akaun Instagram (IG) miliknya telah mendapat perhatian ramai.
Foto tersebut menunjukkan Kamal bergambar bersama pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura ketika majlis pelancaran Fattastic Raya semalam.
"Tahniah my bro @fattahaminz untuk koleksi baju melayu sempena hari raya nanti!
"Guys sapa nak baju raya yang design awesome dan nak jadi hensem macam fattah silakan usha kat ig dia nanti ok! Kudos!" tulisnya sebagai kapsyen.
Namun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang seorang netizen yang bernama Wani Najwa.
"Selekehnya you Kamal dengan seluar koyak," tulis netizen tersebut.
Kamal tidak berdiam diri malah terus memohon maaf.
"Sorry tak sempat nak tukar sebab rushing," tulisnya.

Rata-rata pengikut Kamal turut tidak berpuas hati dengan teguran kasar yang telah dibuat oleh netizen tersebut.
Kamal mula aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video