gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Astro AWANI Kekal Jenama Berita Paling Dipercayai 8 Tahun Berturut-Turut
HIBURAN
Irma Hasmie Berangan Naik Pelamin Lagi, Peminat Doa: “Insya-Allah Tak Lama Lagi Tu”
HIBURAN
Raja Ema, Anak-Anak Maafkan Arwah Sheqal - “Seikhlas Hati Menghalalkan & Memaafkan Semuanya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Sekali Lagi Saya Mohon Maaf” - Positif COVID-19, Menteri Hal Ehwal Agama Ambil Peluang Muhasabah Diri

gempak
Hanafis Haris
06/10/2020
06:30 MYT
Sponsor Banner
“Sekali Lagi Saya Mohon Maaf” - Positif COVID-19, Menteri Hal Ehwal Agama Ambil Peluang Muhasabah Diri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memanfaat sepenuhnya tempoh rawatan COVID-19 untuk bermuhasabah diri.

Perkara itu diluahkan Zulkifli menerusi satu posting terbaru di Facebook rasminya hari ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengambil masa yang ada untuk bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan bagi dirinya.

Malah, menerusi posting tersebut Zulkifli dengan penuh ikhlas memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.

“Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang.

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya.

Tambah Zulkifli, pada masa sama ia tetap menjadi amanah dan tanggungjawab buatnya untuk melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan setiap bulan sebagaimana yang dilakukan sejak Mac 2020.

“Justeru, saya lampirkan di sini Kad Laporan Bulan Ogos 2020 bagi agensi -agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan terkait tadbir urus Islam di peringkat Persekutuan adalah amanah daripada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli mengesahkan dirinya positif Covid-19 menerusi satu posting di Faceboook yang memaklumkan keadaan kesihatannya.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 September hingga 4 Oktober lalu menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

BACA: Menteri Hal Ehwal Agama Sahkan Dirinya Positif Covid-19

Topic Berkaitan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Covid19
Must-Watch Video