gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Seludup Ganja Di Laos: PDRM Siasat Kemungkinan Penyanyi Rap, Rakan Jadi Keldai Dadah
HIBURAN
Tak Mahu Terpalit Kontroversi, Amir Masdi Mahu Jaga Nama Baik Keluarga - “Saya Perlu Tunjukkan...”
HIBURAN
Wawa Zainal ‘Koyak’ Netizen Lempar Kata Kesat Kepada Anaknya - “Ada Yang Cakap Kek Batik Anak Saya Rasa Macam…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Secara Peribadi Beri Wang Ringgit Sebanyak RM300 Seorang" - Mohd Nor Bond Dedah Johan & Ozlynn Jadi Sukarelawan Agih Bantuan Makanan

gempak
Zulaikha Yusof
02/04/2020
03:21 MYT
Sponsor Banner
"Secara Peribadi Beri Wang Ringgit Sebanyak RM300 Seorang" - Mohd Nor Bond Dedah Johan & Ozlynn Jadi Sukarelawan Agih Bantuan Makanan
Pelakon senior Mohd Nor Bond mendedahkan sifat peribadi mulia pelawak dan penyampai radio ERA, Johan dan isteri Ozlynn yang tidak dikongsikan kepada umum.
Menurutnya, Johan dan Ozlynn telah terlibat sebagai sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mengagihkan bantuan makanan kepada penggiat seni.
Dalam pada itu, Johan turut memberi wang sumbangan sebanyak RM300 setiap seorang sukarelawan yang sama-sama turun padang.
"Alhamdullilah..Johan Raja Lawak dan isteri beliau Ozlyn Wati bersama-sama team Seniman dan Profima hari ini untuk mengagihkan bantuan makanan kepada anak-anak seni dan pekerja belakang tabir..
"Beliau juga secara peribadi memberi angpau kepada semua sukarelawan dan ahli yg hadir. Sampai di rumah saya bukak sampul ang pau, terkejut isinya rm300.
"Bayangkan berapa ratus angpau yang beliau berikan. Alhamdullilah amiin..Semoga beliau sekeluarga akan diberikan kesihatan dan rezekj yg melimpah-ruah," tulisnya di Facebook.
Dalam pada itu, Mohd Nor Bond menyatakan Johan adalah individu yang akan bersedekah juadah makanan tengah hari pada hari Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa.
"Di masjid Bukit Antarabangsa 2 minggu sekali pada hari Jumaat, jemaah akan dapat hidangan nasi beriani ,nasi tomato dan mcm macam lagi.
"Mungkin jemaah tak tahu sebab Johan tak pernah bagi tau..Bila kawan kawan bukak booth jualan, Johan akan membeli barang setiap booth walaupun tiada keperluan.
"Hanya sifat ingin membantu. Kalau dia makan di kedai mamak insya-Allah dia akan bayar bill makanan kawan-kawan dia..Dia bawak skuter biasa je. The unsung hero," kongsinya lagi.
Topic Berkaitan
#Johan
#Ozlynn
#Mohd Nor Bond
Must-Watch Video