gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Saya Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Anak Saya" - Rihana Oksana Petra

gempak
Zulaikha Yusof
22/07/2019
04:51 MYT
Sponsor Banner
"Saya Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Anak Saya" - Rihana Oksana Petra
Bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra akui mengalirkan air mata kegembiran dan kesyukuran selepas menerima kiriman mesej positif daripada pengikutnya.
Katanya, dia bangga kerana darah Malaysia mengalir dalam tubuh badan anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra.
"Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata daripada dari mengalir..
"Dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!
"Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua daripada seluruh pelusuk dunia!
"Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia anda semua berjiwa besar kerana menerima dan menyokong saya seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.
"Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa saja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua," tulisnya.
Tambah Rihana dia mendedahkan terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan dalam kehidupannya.
"Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki.
"Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini.
"Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan.
"Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya.
"Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur.
"Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
"Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku," tulisnya lagi.
Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Oksana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.
Pasangan itu dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.
BACA: Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra, Nama Putera Sultan Muhammad V
Terbaru, teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
BACA: Sah Cerai Talak 3, Teka-Teki Status Perkahwinan Sultan Kelantan Terjawab​
View this post on Instagram
Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir...dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya - seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️
A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on Jul 21, 2019 at 4:33pm PDT
Topic Berkaitan
#Rihana Oksana Petra
Must-Watch Video