HIBURAN
Nana After School Akui Perangai Berubah Selepas Bergelar Selebriti
Pelakon dan anggota kumpulan After School, Nana akui sikapnya berubah selepas bergelar selebriti.
Bagaimanapun kata Nana, perubahan itu lebih kepada ke arah yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Selepas menjadi selebriti, saya telah merasai dan berdepan dengan pelbagai jenis pengalaman serta situasi.
“Perkara itu membuatkan saya rasa perangai saya juga berubah dan membuatkan saya lebih kuat. Bagi saya itu perkara yang baik kerana berjaya mengharungi segala kesusahan sehingga ke tahap sebegini.
“Kadang-kala bila saya rasa rindu dengan perkara-perkara yang berlaku sebelum ini, saya akan mencari video lama saya di internet untuk mengimbas kembali nostalgia dahulu,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Nana kini menjalani penggambaran drama terbaru berjudul Four Sons bersama pelakon Park Hae Jin.
Sumber: Allkpop
Must-Watch Video