gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Presiden Indonesia, Prabowo Jadi Saksi Nikah Anak Ahmad Dhani
BERITA
Tekanan Belajar, Sering Dimarahi Motif Calon SPM Tikam Ibu Dan Abang Kandung
HIBURAN
Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita, Prof Dr Muhaya Ada Sebab Terima Tawaran - “Skrip Tiada, Semuanya Spontan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Magis Kembali, Puteri Gunung Ledang The Musical Is Back! Tak Sabarnya!

gempak
Mya Amri
15/10/2019
14:39 MYT
Sponsor Banner
Magis Kembali, Puteri Gunung Ledang The Musical Is Back! Tak Sabarnya!
Selepas hampir 10 tahun dipentaskan, pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) bakal menemui penonton pada Julai 2020.
Berita itu diumumkan oleh penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina pada majlis ulang tahun Enfiniti ke-21 bertempat di MaTiC, Ampang hari ini.
Bagaimanapun kata Tiara, penglibatannya kali ini adalah sebagai pengarah untuk teater muzikal berkenaan.
“Kalau dulu saya berlakon, sekarang saya ingin mengarah pula. Ini merupakan cabaran terbesar saya selepas pementasan teater Ola Bola The Musical.
“Tidak sama seperti sebelum ini, pementasan kali ini sudah pasti akan memberikan kelainan dengan kehadiran pelakon-pelakon yang berbeza.
“Saya akan mengadakan sesi ujibakat untuk mencari Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah dan watak-watak lain yang terlibat dalam pementasan ini.
“Saya tidak meletakkan had umur, terbuka untuk semua. Sesiapa sahaja boleh sertai ujibakat termasuklah selebriti,” katanya.
Tiara akan memaklumkan maklumat terkini mengenai sesi ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical menerusi platform media sosial Enfiniti di Instagram @enfinitimy.
Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.
Selain Tiara, filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk M.Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane dan Khir Rahman.
Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.
Topic Berkaitan
#Puan Sri Tiara Jacquelina
#PGL The Musical
Must-Watch Video