gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Teman Fazura ‘Make Up”, Netizen ‘Cair’ Tengok Telatah Fatima - “Ya Allah Comelnya”
BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
HIBURAN
Konsert Pertama Di Kuala Lumpur Selepas 16 Tahun, Dadali Umum Bakal Hasilkan Filem ‘Sebuah Kisah’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Lama Tak Jumpa Tapi Kami Masih Sama” – Sandara Park

Mya Amri
Mya Amri
31/10/2018
10:11 MYT
Sponsor Banner
“Lama Tak Jumpa Tapi Kami Masih Sama” – Sandara Park
Pelakon, Sandara Park menyatakan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan sahabat dan yang juga merupakan bekas anggota kumpulan 2NE1, Park Bom.
Menurut Sandara, keakraban mereka masih lagi sama seperti dahulu walaupun sudah lama tidak meluangkan masa bersama.
Sandara juga berkongsi momen tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Sudah lama kita tidak berjumpa, tetapi kami masih lagi sama. Setiap kali double Park bertemu, kami pasti ada sahaja cerita seronok yang ingin dikongsi,” tulisnya.
View this post on Instagram
오랜만이야~~~ 하지만 한결같은 우리 ? #쌍박 만나면 #만담 Long time no see long time no see
A post shared by Sandara Park (@daraxxi) on Oct 30, 2018 at 4:51am PDT
Sementara itu, Park Bom juga turut berkongsi foto mereka di akaun Instagram miliknya.
“Bersama Dara setelah sekian lama. #sandaraparkissobeautifulinreallife, #DoublePark,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, peminat juga turut memberikan komen positif dan menyatakan rasa rindu untuk melihat 2NE1 kembali bersama.
Terdahulu, syarikat pengurusan 2NE1, YG Entertainment menerusi satu kenyataan mengumumkan kumpulan 2NE1 secara rasmi sudah dibubarkan 25 November 2016.
Selepas Minzy keluar daripada kumpulan tersebut 5 April 2016, CL dan Sandara mengambil keputusan untuk bergerak solo manakala Park Bom pula memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.
2NE1 merupakan kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment pada 2009.
Foto: Instagram @daraxxi / @newharoobompark
Topic Berkaitan
#2NE1
#Sandara Park
#Park Bom
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement