gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Prestasi Cemerlang, Anak Dr Sheikh Muszaphar Terpilih Sertai Program Bakat Olimpik - “All Her Hard Work Finally Paying Off”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul? 7 Bintang Mara Ke Pentas Akhir
BERITA
Tangan Dipotong, Ibu Dalam Pantang Maut Dibunuh Suami
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Hugh Jackman Diserang Kanser Kulit Sekali Lagi

gempak
Syafiqah Jalal
03/03/2017
10:00 MYT
Sponsor Banner
Hugh Jackman Diserang Kanser Kulit Sekali Lagi
Pelakon terkenal Hugh Jackman yang pernah menghidap kanser kulit mendedahkan dia kembali dirawat selepas didiagnos diserang kanser sama.
Hugh memaklumkan menerusi laman Twitter miliknya (@thehughjackman) bahawa sel basal karsinoma di bahagian bawah kulitnya kembali aktif namun kanser itu masih berada pada tahap awal.

"Satu lagi sel basal karsinoma. Terima kasih untuk semua doktor yang merawat saya," tulisnya di laman Twitter bersama sekeping foto hidungnya berbalut.

Menerusi temubualnya dalam rancangan Live with Kelly semalam, bintang filem X-Men itu memberitahu keadaannya sudah kembali stabil dan menyarankan peminatnya agar sentiasa melindungi kulit badan daripada sinar matahari.

"Semuanya baik dan sudah kembali pulih. Ia adalah kanser kulit namun belum memasuki tahap berbahaya.

"Ia perkara normal bagi saya yang mempunyai keturunan dari Australia. Beginilah, sekali kamu mendapat sunburn ibaratnya kamu sudah disuspek mendapat kanser. Saya pula tidak gemar memakai krim tabir suria, jadi saya adalah calon paling tepat untuk mendapat kanser ini," katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kali keenam rawatan kanser kulitnya malah tahun lalu Hugh pernah memuat naik foto dalam keadaan hidung berbalut ketika sedang menjalani rawatan sama.
Dalam perkembangan sama, Hugh muncul dalam filem terbaharu, Logan.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Hollywood
#Hugh Jackman
#kanser kulit
Must-Watch Video